Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Ada Ciri Baharu Tangani ‘Scammer’

WhatsApp Ada Ciri Baharu Tangani ‘Scammer’

Diterbitkan Ogos 6, 2025 · Dikemas kini Ogos 6, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini memperkenalkan ciri keselamatan baharu bagi melindungi pengguna daripada taktik penipuan dalam kumpulan sembang (group chat).

Bermula hari ini, jika individu yang tiada dalam senarai kenalan menambah ke dalam kumpulan sembang, WhatsApp akan memaparkan satu tinjauan keselamatan sebelum sebarang mesej dapat dilihat.

WhatsApp Ada Ciri Baharu Tangani ‘Scammer’

Ia akan menunjukkan maklumat penting tentang kumpulan tersebut bersama tips keselamatan. Pengguna boleh memilih untuk keluar tanpa perlu membuka atau membaca sebarang mesej.

Namun, sekiranya kumpulan itu kelihatan dikenali selepas melihat tinjauan keselamatan, pengguna boleh memilih untuk melihat perbualan untuk mendapatkan lebih konteks. Sepanjang tempoh ini, notifikasi daripada kumpulan berkenaan akan dibisukan (silenced) sehingga pengguna memilih untuk kekal.

Selain itu, WhatsApp juga sedang menguji kaedah baharu bagi menangani penipuan yang melibatkan individu tidak dikenali menghubungi mangsa melalui platform lain sebelum mengajak beralih ke WhatsApp.

WhatsApp Ada Ciri Baharu Tangani ‘Scammer’
WhatsApp Ada Ciri Baharu Tangani ‘Scammer’
WhatsApp Ada Ciri Baharu Tangani ‘Scammer’

WhatsApp sedang mencuba pendekatan yang menggalakkan pengguna supaya membuat pertimbangan sebelum memulakan perbualan dengan nombor yang tidak dikenali.

Ciri ini turut memaparkan maklumat tambahan tentang individu yang bakal dihubungi, bagi membantu pengguna membuat keputusan yang lebih berhati-hati.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Rahsiakan 'Chat' Anda, WhatsApp Kini Halang Eksport Perbualan
  • WhatsApp Uji Ciri Buat ‘Group’ Kosong, Tambah Ahli Kemudian
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • WhatsApp Bangunkan Ciri 'Guest Chat' - Sembang Dengan Individu Tanpa Akaun

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY