Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Waspada SMS Penipuan Berkaitan Lesen Memandu – JPJ

Waspada SMS Penipuan Berkaitan Lesen Memandu – JPJ

Diterbitkan November 25, 2024 · Dikemas kini November 25, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memaklumkan bahawa pihaknya tidak pernah menghantar mana-mana pautan berkaitan lesen memandu melalui SMS atau di platform lain.

JPJ dalam satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya menerima beberapa aduan mengenai SMS yang mengandungi pautan berkaitan lesen memandu.

Berikutan itu, pengguna disarankan untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan kandungan SMS sedemikian dan tidak klik pada pautan yang telah diberikan.

468043306_964657372357339_89456542605867738_n (1)
467856540_964657415690668_3147645725356337703_n (1)
467993380_964657379024005_8949202844595360761_n (1)

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menguatkuasakan larangan terhadap beberapa kandungan SMS. Antara kandungan itu termasuk pautan, permintaan maklumat peribadi serta nombor telefon untuk dihubungi.

MCMC berkata pelaksanaan kandungan larangan itu bertujuan untuk melindungi pengguna daripada risiko penipuan melibatkan perkhidmatan SMS yang sering dieksploitasi penjenayah dengan menyamar sebagai pihak berwibawa, termasuk entiti awam dan swasta.

Berkaitan

  • Aplikasi MyJPJ Kini Sokong Pembayaran FPX Untuk Pembaharuan Lesen, Ini Caranya
  • Kini Anda Boleh Semak Geran Kenderaan Terus Di Aplikasi MyJPJ
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • JPJ Mungkin Kenakan Bayaran Untuk Cetakan Fizikal Lesen Memandu

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY