Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC_ SMS

MCMC Kuat Kuasa Larangan Beberapa Kandungan Dalam SMS

Diterbitkan September 2, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mengumumkanĀ arahan larangan terhadap beberapa kandungan dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS), berkuat kuasa 1 September 2024.

Kandungan terlarang itu termasuk pautan (hyperlink), permintaan maklumat peribadi serta nombor telefon untuk dihubungi (callback number).

Menurut MCMC, penguatkuasaan ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada risiko penipuan melibatkan perkhidmatan SMS yang sering dieksploitasi oleh penjenayah dengan menyamar sebagai pihak berwibawa, termasuk entiti awam dan swasta.

Berikutan itu, pengguna disarankan untuk sentiasa berwaspada terhadap SMS yang mengandungi kandungan terlarang tersebut. MCMC menjelaskan bahawa SMS yang mengandungi elemen berkenaan boleh dianggap sebagai berisiko tinggi dan berpotensi besar mengandungi unsur penipuan.

Sekiranya masih menerima SMS sedemikian, pengguna boleh mengemukakan aduan kepada MCMC melalui laman sesawang aduan.mcmc.gov.my dengan menyertakan maklumat seperti nombor telefon atau kod ringkas penghantar, nombor telefon penerima, lokasi penerimaan, serta tangkapan skrin SMS yang diterima.

Dalam pada itu, MCMC turut mengingatkan pengguna untuk berwaspada terhadap mesej serupa yang dihantar melalui platform komunikasi lain seperti Google RCS, Apple iMessage serta aplikasi pemesejan lain.

Berkaitan

  • MCMC Jalankan Operasi Banteras Kegiatan 'Phishing' Melalui Pautan SMS
  • Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial - MCMC
  • MCMC Sekat Lebih 10,000 Laman Web Sejak 2022
  • MCMC Akan Jalankan Siasatan Awam Berhubung Pelesenan Media Sosial

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY