Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
geran JPJ

Kini Anda Boleh Semak Geran Kenderaan Terus Di Aplikasi MyJPJ

Diterbitkan Ogos 5, 2024 · Dikemas kini Ogos 5, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda miliki kenderaan dengan geran di tangan, anda kini boleh menyemak geran kenderaan itu secara digital terus dari aplikasi MyJPJ.

⁠Paparan Sijil Pemilikan Kenderaan (e-VOC) itu boleh disemak di bahagian Profil pengguna.

geran JPJ
WhatsApp Image 2024-08-05 at 17.01.43

Untuk mendapatkan ciri baharu ini, pastikan anda mengemas kini dahulu aplikasi MyJPJ dalam peranti anda kepada versi 2.6.5 atau terbaru (untuk peranti Android dan iOS).

Jika anda belum memasang aplikasi MyJPJ ke dalam peranti, anda boleh memuat turunnya dari Play Store atau App Store.

Aplikasi MyJPJ adalah gerbang yang menghimpunkan perkhidmatan untuk orang awam serta kakitangan JPJ.

Orang awam boleh membuat semakan maklumat berkaitan perkhidmatan JPJ seperti saman, tarikh luput Lesen Kenderaan Motor (LKM),tarikh luput lesen memandu, nombor plat terkini dan lain-lain.

Orang awam juga boleh mendaftar ID Awam dan membuat carian lokasi pejabat cawangan JPJ. Selain itu, terdapat pautan pantas ke aplikasi lain JPJ seperti JPJeBid dan JPJeQ.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Telefon "Mati" Tak Dapat Tunjuk Lesen Dan 'Road Tax Digital', Ini Jawapan JPJ
  • JPJ Perkenal Sistem Batal Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian
  • Aplikasi MyJPJ Kini Sokong Pembayaran FPX Untuk Pembaharuan Lesen, Ini Caranya
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY