Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi MyJPJ Kini Sokong Pembayaran FPX Untuk Pembaharuan Lesen, Ini Caranya

Aplikasi MyJPJ Kini Sokong Pembayaran FPX Untuk Pembaharuan Lesen, Ini Caranya

Diterbitkan Jun 4, 2024 ยท Dikemas kini Jun 4, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bulan lalu memaklumkan bahawa aplikasi MyJPJ akan menyokong pembayaran internet terus ke bank atau FPX bagi urusan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM), bermula 1 Jun 2024.

Kini, pengguna sudah pun boleh menggunakan mod pembayaran FPX untuk kedua-dua urusan berkenaan di aplikasi MyJPJ. Bagi mengetahui caranya, teruskan bacaan selanjutnya.

Berkaitan

  • Cara 'Renew' Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Aplikasi MyJPJ Sokong Pembayaran Melalui FPX Mulai Jun

Pembayaran FPX di aplikasi MyJPJ

Berikut merupakan cara pembaharuan LMM di aplikasi MyJPJ dengan menggunakan mod pembayaran FPX:

1. Buka aplikasi MyJPJ dan pergi ke “Profil”.

2. Klik “Lesen Memandu Kompeten”, tatal (scroll) ke bawah dan tekan “Pembaharuan”.

3. Pilih “Jenis Lesen, Tempoh, Mod Digital/Fizikal”.

Aplikasi MyJPJ Kini Sokong Pembayaran FPX Untuk Pembaharuan Lesen, Ini Caranya

4. Pilih “Perbankan Internet (FPX)” di bahagian cara bayaran. Kemudian pilih bank dan klik “Bayar”.

5. Klik “Ya” untuk pengesahan pembayaran dan ikut arahan di skrin untuk proses pembayaran.

Aplikasi MyJPJ Kini Sokong Pembayaran FPX Untuk Pembaharuan Lesen, Ini Caranya

6. Selesai.

Bagi pembaharuan LKM, pilih “Lesen Kenderaan Motor” dan nombor kenderaan yang berkaitan di bahagian “Profil”. Kemudian pilih Pembaharuan > Tempoh Pembaharuan dan ikut langkah 4 & 5 yang sama seperti di atas.

fpx myJPJ_LKM1

Selesai. Semoga bermanfaat.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY