Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LESEN MEMANDU cdl

JPJ Mungkin Kenakan Bayaran Untuk Cetakan Fizikal Lesen Memandu

Diterbitkan November 20, 2024 · Dikemas kini November 20, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mungkin akan mengenakan bayaran sekiranya orang ramai ingin mendapatkan cetakan fizikal lesen memandu (LMM) pada tahun depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penggunaan aplikasi MyJPJ menunjukkan keberkesanannya, termasuk memberikan penjimatan dari segi percetakan. Pihaknya juga akan terus menambah baik proses pendigitalan untuk meningkatkan kecekapan jabatan kerajaan.

Walau bagaimanapun, penambahbaikan berkenaan cetakan lesen fizikal akan dilaksanakan susulan rungutan orang ramai bahawa ada sebilangan yang ingin mencetak lesen memandu atau cukai jalan.

Dari segi itu memang kita akan menambah baik. Awal tahun depan kita akan umumkan inisiatif kepada mana-mana pihak ataupun orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal, mungkin mereka kena bayar untuk percetakan tersebut (kad fizikal).

Bercakap mengenai aplikasi MyJPJ, beliau berkata aplikasi itu telah dimuat turun oleh 13.7 juta pengguna sejak dilancarkan.

Dari segi pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu melalui aplikasi MyJPJ, ia telah mencecah 1 juta transaksi dengan kutipan hampir RM121 juta setakat Oktober 2024.

Berkaitan

  • JPJ Keluarkan Permit Memandu Antarabangsa Baharu
  • Aplikasi MyJPJ Kini Sokong Pembayaran FPX Untuk Pembaharuan Lesen, Ini Caranya
  • JPJ Tambah Baik Sistem Bagi Paparan Status Kelayakan Peralihan Kelas B
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

Sumber: Parlimen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY