Spekulasi mengenai perubahan antara muka Android semakin hangat diperkatakan selepas satu video ‘teaser’ dimuat naik menjelang acara The Android Show. Dalam video pendek itu, Bugdroid dilihat berubah kepada rekaan dengan kesan seakan kaca, sekali gus mencetuskan pelbagai tafsiran dalam kalangan pengguna.
You won’t believe what’s next for Android!
Tune in to the The Android Show | I/O Edition May 12 at 10 am PT for a look at the future.Set a reminder at https://t.co/RFgly7WP7M and be the first to know 🗓️ #TheAndroidShow pic.twitter.com/uxPB6QFnKP
— Android (@Android) May 5, 2026
Antara yang paling banyak dibincangkan ialah kemungkinan Android akan memperkenalkan antara muka seakan Liquid Glass, iaitu rekaan berasaskan elemen lutsinar yang diperkenalkan Apple dalam iOS 26 serta ekosistemnya yang lain.
Namun begitu, reaksi daripada pihak Google memberi gambaran berbeza. Presiden Ekosistem Android di Google, Sameer Samat, membalas beberapa komen pengguna dengan menyatakan perubahan seperti yang dibayangkan itu tidak berlaku.


Tahun lalu, Google telah memperkenalkan Material 3 Expressive yang membawa peningkatan dari segi animasi, kesan visual, bentuk ikon serta kebolehsuaian sistem. Pendekatan ini dilihat lebih konsisten dengan identiti Android dan dijangka terus menjadi asas utama antara muka Android.
Untuk acara kali ini, ia dijangka lebih tertumpu kepada Android 17 serta perkembangan projek Aluminium OS yang dikatakan menyasarkan pengalaman seperti desktop.
Acara ini akan disiarkan secara langsung di YouTube pada 13 Mei, jam 1.00 pagi MYT, dan dijangka memberi gambaran lebih jelas tentang hala tuju Android seterusnya.
{suggest}
