Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Perkenal 2 Cip TPU Generasi Ke-8 Untuk Pacu AI

Google Perkenal 2 Cip TPU Generasi Ke-8 Untuk Pacu AI

Diterbitkan April 24, 2026 · Dikemas kini April 24, 2026 oleh ariff bukhari

Google memperkenalkan generasi baharu 2 unit pemprosesan tensor (TPU) untuk melatih kecerdasan buatan (AI) serta menggerakkan “agen” digital yang kini semakin popular dalam dunia teknologi.

Dikenali sebagai TPU 8t dan TPU 8i, ia direka khas untuk menguasakan generasi superkomputer seterusnya pada skala besar dan mampan.

Google, bersama Amazon, mula membangunkan cip AI canggih mereka sendiri, sekali gus mengawal reka bentuk dan mengurangkan kebergantungan terhadap unit pemprosesan grafik (GPU) keluaran Nvidia yang menguasai pasaran.

TPU berprestasi tinggi merupakan antara inovasi yang diketengahkan pada persidangan pengkomputeran awan tahunan Google di Las Vegas pada Rabu.

“Dalam era agen AI, infrastruktur perlu berkembang untuk menangani beban kerja AI yang semakin mencabar,” kata ketua pegawai eksekutif Google, Sundar Pichai dalam satu catatan blog.

“Tahun ini, kami memperkenalkan generasi kelapan Unit Pemprosesan Tensor dengan pendekatan dwi-cip.”

Salah satu TPU baharu dioptimumkan untuk melatih model bahasa besar yang menggerakkan AI, manakala satu lagi direka khas untuk proses penaakulan dan membuat keputusan yang dikenali sebagai “inferens”, digunakan oleh agen AI.

Agen AI ialah pembantu digital yang mampu mengurus tugas pengkomputeran secara autonomi.

TPU tersebut dibangunkan dengan kerjasama pengeluar semikonduktor Broadcom dan dijangka tersedia pada akhir tahun ini, menurut ketua unit Google Cloud, Thomas Kurian.

Awal tahun ini, Nvidia mengumumkan pengeluaran GPU baharu Vera dan Rubin untuk menyokong AI, tidak lama sebelum Amazon memperkenalkan generasi terkini pemproses tersuai Trainium.

Google, Amazon dan Microsoft terus mengintegrasikan GPU Nvidia dalam infrastruktur pengkomputeran mereka. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Google Tambah Ciri Kecemasan Baharu Dalam Gemini
  • Robot AI Sony Mampu Kalahkan Pemain Ping Pong Elit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY