Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TAS_Material_3_Expressive_Blog_H.width-1600.format-webp_vzttIBN (1)

Google Dedah UI Android 16 Sasar Generasi Muda

Diterbitkan Mei 14, 2025 · Dikemas kini Mei 14, 2025 oleh ariff bukhari

Google secara rasmi mendedahkan reka bentuk baharu antara muka untuk peranti Android melalui Material 3 Expressive.

Google membawakan reka bentuk yang lebih muda dan dinamik dengan warna terang, bentuk ikon aplikasi baharu,  animasi segar, dan penggunaan fon tebal.

Google berkata, reka bentuk baharu ini mengimbangi estetika moden dengan fungsi yang lebih baik seperti pengguna kini boleh menyesuaikan Tetapan Pantas (Quick Settings) untuk memasukkan lebih banyak tindakan kegemaran seperti Lampu Suluh dan Jangan Ganggu.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/05/14153221/FINAL_Blur_Shade_Shell.mp4

Selain itu, ciri Live Updates turut diperkenalkan, memaparkan kemas kini masa nyata pada skrin kunci dan bar status.

Google berharap perubahan ini akan menarik minat golongan muda, terutamanya remaja, yang lebih menyukai rekaan ekspresif.

Material 3 Expressive juga akan digunakan pada versi Wear OS 6 yang menjanjikan peningkatan prestasi dan mengoptimumkan kuasa dengan memberikan sehingga 10% lebih hayat bateri peranti.

Google juga telah mengesahkan bahawa Android 16 ini akan dilancarkan pada bulan Jun akan datang.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Apple Dedah Ciri Aksesibiliti Baharu Dalam iOS 19
  • DJI Mavic 4 Pro Dilancarkan Dengan 3 Kamera Boleh Putar 360°

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY