Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 pro fans rendering_kredit MacRumors

Ura-Ura: iPhone 17 Pro Dijangka Kekalkan Reka Bentuk Kamera Segi Tiga

Diterbitkan Disember 19, 2024 · Dikemas kini Disember 19, 2024 oleh Amalina Athman

Bercanggah dengan laporan baru-baru ini, iPhone 17 Pro tidak akan menampilkan susun atur kamera mendatar, menurut peniris yang dikenali sebagai Instant Digital.

Melalui siaran terbaru di Weibo, peniris itu mendedahkan bahawa sumbernya mengesahkan walaupun bahagian belakang iPhone 17 Pro mengalami perubahan reka bentuk, susunan tiga kameranya kekal berbentuk “segi tiga” dan bukannya bar mendatar seperti yang tersebar sebelum ini.

Screenshot 2024-12-19 080632

Ia bercanggah dengan maklumat rantaian bekalan baru-baru ini, yang mendakwa “modul itu berbentuk bujur memanjang”.

Sementara itu, seorang lagi peniris “ShrimpApplePro” memberikan gambaran kasar mengenai rekaan iPhone 17 Pro berdasarkan butiran di Weibo dan pandangannya sendiri.

Menurutnya, berkemungkinan besar rekaan akhir akan kelihatan seperti itu, dengan bahagian kelabu akan mewakili keseluruhan bonggol kamera yang diperluas dari plat kaca lama.

So what’s the final design of the iPhone 17 Pro? From weibo descriptionand from my own,
I believe the final design “could likely” looks like
(I made it poorly in freeform, does not represent the real design) https://t.co/VokmXjcSUw pic.twitter.com/LI3OfhLVhi

— ShrimpApplePro 🍤 ずっと真夜中でいいのに (@VNchocoTaco) December 18, 2024

Berbalik kepada konteks, Instant Digital mempunyai prestasi yang bercampur-campur dalam mendedahkan khabar angin mengenai produk Apple. Akan tetapi, ia juga telah memberikan beberapa butiran yang sangat tepat, seperti pelancaran iPhone 14 berwarna kuning pada 2023, kaca belakang iPhone 15 dan iPhone 15 Plus, kamera hadapan landskap iPad Air dan iPad Pro terkini, kapasiti bateri iPhone 16 Pro dan sebagainya.

Berkaitan

  • iPhone 17 Pro Tidak Lagi Dijangka Hadir Dengan Face ID Bawah Paparan
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • iPhone 17 Pro Dilapor Akan Hadir Dengan Binaan Aluminium
  • Laporan: Rekaan iPhone 17 Air Diserahkan Pada Pengilang, Selangkah Menjadi Kenyataan

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY