Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone yellow

Ura-Ura: Apple Dijangka Perkenal iPhone 14 Dengan Warna Kuning Seawal Minggu Depan

Diterbitkan Mac 4, 2023 ยท Dikemas kini Mac 4, 2023 oleh Amalina Athman

Khabar angin kini mengatakan Apple dijangka akan melancarkan warna kuning sebagai warna baharu pada musim bunga ini.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Warna Merah Gelap
  • Kuo: iPhone SE Belum 'Mati', Rupa Dan Spesifikasi Sama iPhone 14
  • Messi Hadiahkan iPhone Emas Untuk Pasukan Argentina

Melalui perkongsian di Weibo yang dilaporkan oleh MacOtakara, berbanding versi Pro, warna baharu ini akan diperkenalkan pada model iPhone 14 dan iPhone 14 Plus.

Ura-Ura: Apple Dijangka Perkenal iPhone 14 Dengan Warna Kuning Seawal Minggu Depan

Tahun lalu, Apple mengumumkan warna baharu iPhone 13 pada 8 Mac. Dengan itu, terdapat kemungkinan kita akan melihat warna baharu diperkenalkan seawal minggu depan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Apple sering menambah warna baharu pada musim bunga bagi meningkatkan jualan pada pertengahan kitaran produk. Mac tahun lalu, Apple memperkenalkan warna hijau baharu untuk iPhone 13 dan iPhone 13 mini, serta warna Alphine Green untuk model iPhone 13 Pro. Pada April 2021, Apple menjadikan iPhone 12 dan iPhone 12 mini tersedia dalam warna Ungu.

Sementara itu, kali terakhir Apple menawarkan pilihan warna kuning untuk iPhone 11 pada 2019 dan iPhone XR pada 2018. Masih belum jelas jika Apple akan turut memperkenalkan warna baharu untuk model iPhone 14 Pro.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY