Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fans render iPhone 17 Pro_rumors

Imej Tertiris Dedahkan Kemungkinan Rekaan iPhone 17 Pro

Diterbitkan Disember 13, 2024 · Dikemas kini Disember 13, 2024 oleh Amalina Athman

Ura-ura sebelum ini mengatakan iPhone 17 Pro akan menampilkan perubahan besar pada rekaan, terutamanya pada bahagian bonggol kamera belakang.

Dalam perkembangan terbaru, peniris terkenal Digital Chat Station, mendakwa bahawa bahan-bahan dari rantaian bekalan yang mereka lihat nampaknya mengesahkan perubahan besar pada modul kamera bagi iPhone akan datang.

Tambahnya lagi, lebih banyak telefon Android kelak akan menggunakan rekaan yang serupa.

rumors iPhone 17 Pro_3

Mengulas khabar angin itu, Ice Universe, seorang lagi peniris terkenal, menyatakan bahawa perubahan luaran seperti itu memerlukan reka bentuk struktur dalaman dengan rombakan besar – sama seperti mereka bentuk semula susun atur “rumah lama”.

Sementara itu, seorang lagi pengguna di Weibo telah menyiarkan imej (berkemungkinan rendering) yang didakwa menyerupai rangka atau casis iPhone 17.

rumors iPhone 17 Pro_2
rumors iPhone 17 Pro_

 

Berdasarkan maklumat tersebut, peniris Majin Bu kemudiannya berkongsi satu lagi rendering, yang memberikan gambaran lebih tepat mengenai rekaan iPhone 17 Pro berbanding rendering  yang dikongsi oleh Digital Chat Station.

fans render iPhone 17 Pro_rumors

Sekiranya spekulasi ini benar, rekaan modul kamera dengan gaya Google Pixel akan menjadi satu perubahan paling ketara pada bonggol kamera berbentuk segi empat sejak September 2019, di mana iPhone 11 dilancarkan.

Walau bagaimanapun, seperti biasa, masih terlalu awal untuk mengesahkannya. Tambahan pula, rancangan Apple juga boleh berubah pada bila-bila masa.

Berkaitan

  • Hanya iPhone 17 Pro Max Dilaporkan Akan Dilengkapi Dengan 12GB RAM
  • iPhone 17 Pro Tidak Lagi Dijangka Hadir Dengan Face ID Bawah Paparan
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • iPhone 17 Pro Dilapor Akan Hadir Dengan Binaan Aluminium

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY