Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laporan: Rekaan iPhone 17 Air Diserahkan Pada Pengilang, Selangkah Menjadi Kenyataan

Laporan: Rekaan iPhone 17 Air Diserahkan Pada Pengilang, Selangkah Menjadi Kenyataan

Diterbitkan Disember 16, 2024 · Dikemas kini Disember 16, 2024 oleh Aminuddin Ahmad

iPhone Air 17 akan menjadi kenyataan? Laporan terbaru mendakwa ia kini di peringkat “new product introduction” (NPI) di mana pihak Apple dan pembekal iaitu Foxconn kini sedang meneliti rekaan peranti tersebut untuk memastikan apakah ia boleh dikilangkan atau tidak.

iPhone 17 slim rumors_Apple Hub

Dalam fasa ini juga, mungkin ada ada beberapa perubahan yang kecil kepada rekaan dicadangkan bagi memastikan ia boleh dihasilkan di dalam kilang nanti.

Selepas peringkat NPI adalah fasa di mana pembekal mula menghasilkan produk tersebut dalam skala kecil. Ia masih lagi dalam fasa ujian dan belum sedia untuk dipasarkan.

Senang cerita, Apple nampaknya sudah hampir pasti akan lancarkan iPhone 17 versi langsing dan langkah pertama ke arah penghasilannya secara besar-besaran sudah pun bermula.

Laporan: Rekaan iPhone 17 Air Diserahkan Pada Pengilang, Selangkah Menjadi Kenyataan

Jika anda ketinggalan, model yang dirujuk sebagai “iPhone 17 Air” atau “iPhone 17 Slim” oleh media ini dikatakan akan menjadi iPhone paling nipis dalam sejarah iPhone dengan ketebalan sekitar 6mm dengan dimensi skrin seluas 6.6 inci.

Dari segi spesifikasi, ia tidaklah terlalu berkuasa kerana spesifikasinya akan lebih menghampiri model standard berbanding Pro.

Laporan: Rekaan iPhone 17 Air Diserahkan Pada Pengilang, Selangkah Menjadi Kenyataan

Bukan itu sahaja, dakwaan terbaru juga mengatakan ia hanya akan tampil dengan satu kamera belakang sahaja.

Ini mungkin salah satu usaha Apple untuk memastikan ia hadir dengan ketebalan yang minimal kerana jika menggunakan kamera periskop atau telefoto misalnya, pasti akan memerlukan ‘camera bump’ yang tebal.

Dari sudut harga pula, ura-ura mengatakan iPhone 17 Air akan menjadi model paling mahal dalam barisannya, melangkaui harga model Pro Max.

Saya sendiri tidak pasti apakah pengguna mahu berbelanja lebih demi iPhone yang lebih langsing dengan rekaan yang berbeza, untuk prestasi yang tidak setanding Pro Max.

Apa kata anda? Adakah model Air juga akan menjadi satu lagi kegagalan selepas Mini dan Plus?

Sumber: Digitimes Asia, 9to5Mac

Gambar utama: Phone Arena

Berkaitan

  • iPhone 17 'Air' Dikhabarkan Lebih Nipis Daripada iPhone 6
  • Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2
  • Selain Apple Intelligence, Ini Yang Baharu Dalam iOS 18.2
  • Anda Kini Boleh “AirDrop” Fail Antara iPhone Dan Windows PC
  • Pengguna iOS Kini Boleh Dail, Simpan Nombor Telefon Secara Terus Di WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY