Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Pro mockup_Apple Hub

iPhone 17 Pro Dilapor Akan Hadir Dengan Binaan Aluminium

Diterbitkan November 26, 2024 · Dikemas kini Februari 19, 2025 oleh Amalina Athman

Walaupun kebanyakan khabar angin tertumpu pada iPhone 17 Air, laporan baharu menggariskan “perubahan reka bentuk yang ketara”, terutamanya pada iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max.

Menurut laporan The Information, kedua-dua model itu akan menjadi iPhone andalan pertama yang menampilkan bingkai aluminium, sejak pembahagian iPhone kepada model Pro dan bukan Pro.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, model iPhone seperti iPhone SE dan iPhone 16 telah pun ditawarkan dengan bingkai aluminium. Sementara model Pro pula menampilkan bingkai keluli tahan karat, sehingga iPhone 15 Pro diperkenalkan dengan binaan titanium.

Namun, dengan pengenalan siri iPhone 17 kelak, Apple dilaporkan merancang untuk membawa keseluruhan barisan peranti kembali kepada aluminium. Menurut The Information,

..semua model akan beralih kepada bingkai aluminium daripada keluli tahan karat dan titanium, menurut salah seorang sumber. Bahagian belakang model Pro dan Pro Max akan mempunyai reka bentuk baharu yang terdiri daripada sebahagian aluminium dan sebahagian kaca.

Selain itu, iPhone 17 Pro dan Pro Max juga dikhabarkan akan dilengkapi bonggol kamera segi empat tepat lebih besar dan diperbuat daripada aluminium berbanding kaca 3D tradisional. Sementara bahagian bawah akan kekal dengan binaan kaca untuk menyokong pengecasan tanpa wayar.

Sehingga kini, tidak banyak yang diketahui mengenai perancangan Apple untuk barisan iPhone 17 selain daripada model “Air”.

Dengan The Information yang mempunyai rekod prestasi agak baik dalam melaporkan khabar angin tentang produk Apple, berkemungkinan besar ia akan menjadi kenyataan. Atau setidaknya memberikan titik permulaan yang baik bagi gambaran iPhone 17 akan datang.

Berkaitan

  • iPhone 17 Pro Tidak Lagi Dijangka Hadir Dengan Face ID Bawah Paparan
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • iPhone 17 'Air' Dikhabarkan Lebih Nipis Daripada iPhone 6
  • iPhone SE 4 Dijangka Lancar Pada Mac

Sumber: 9to5Mac

Gambar utama: Apple Hub

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY