Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone face id_1

iPhone 17 Pro Tidak Lagi Dijangka Hadir Dengan Face ID Bawah Paparan

Diterbitkan September 21, 2024 · Dikemas kini September 21, 2024 oleh Amalina Athman

Bukan perkara baharu, ura-ura mengenai teknologi Face ID bawah paparan telah diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi sehingga kini belum lagi menjadi kenyataan.

Pada April 2023, penganalisis paparan Ross Young berkongsi roadmap yang menunjukkan kedua-dua model iPhone 17 Pro akan menampilkan Face ID bawah panel.

Dalam perkembangan terbaru, Young bagaimanapun mendedahkan bahawa teknologi Face ID bawah paparan tidak lagi dijangka hadir pada tahun 2025, sama ada untuk iPhone 17 Pro mahupun iPhone 17 Pro Max.

No longer expected on the iPhone 17…You should come to our event on 10/2 in Silicon Valley to get the latest roadmaps for Apple and other brands.

— Ross Young (@DSCCRoss) September 20, 2024

Sementara bagi dua model standard iPhone 17, Young berkata ia akan dilengkapi paparan ProMotion dengan kadar segar semula 120Hz, seperti dijangkakan sebelum ini.

To be clear, do you still expect the standard iPhone 17 and the rumored slimmer iPhone 17 to feature 120Hz ProMotion displays?

— Joe Rossignol (@rsgnl) September 20, 2024

Yes I do so long as BOE gets qualified in time…

— Ross Young (@DSCCRoss) September 20, 2024

Untuk rekod, Young mempunyai prestasi yang baik dalam memberikan maklumat berkaitan panel produk Apple, termasuk menjadi sumber terawal yang mendedahkan bahawa iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max masing-masing akan menampilkan paparan 6.3 inci dan 6.9 inci.

Berkaitan

  • Mod 'Private' Dalam Safari iOS 17 Akan Dilindungi Face ID
  • Bloomberg: iPhone 17 Mungkin Hadir Dengan Versi 'Air'
  • Hanya iPhone 17 Pro Max Dilaporkan Akan Dilengkapi Dengan 12GB RAM
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Sumber: Ross Young, via MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY