Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
matahari cuaca panas metmalaysia-min

UK Labur RM292 Juta Untuk Uji Cara Kurangkan Sinar Matahari

Diterbitkan Mei 5, 2025 · Dikemas kini Mei 5, 2025 oleh ariff bukhari

Kerajaan UK bakal meluluskan peruntukan penyelidikan sebanyak £50 juta (~RM292 juta) bagi menjalankan eksperimen geo-kejuruteraan untuk mengurangkan cahaya matahari sebagai salah satu cara menangani pemanasan global.

Projek ini akan dikendalikan oleh Agensi Penyelidikan dan Ciptaan Lanjutan UK (Aria), dan antara teknik yang dikaji termasuk penyemburan zarah aerosol ke stratosfera bagi mengurangkan jumlah sinaran matahari yang sampai ke Bumi.

Teknik ini diinspirasikan daripada fenomena semula jadi seperti letusan gunung berapi, yang diketahui boleh menyebabkan penurunan suhu global. Selain itu, penyelidik juga akan mengkaji kaedah lain seperti marine cloud brightening, iaitu penyemburan zarah ke awan bagi meningkatkan pemantulan cahaya.

Namun, ramai pakar memberi amaran bahawa pendekatan ini mungkin mendatangkan kesan sampingan besar terhadap cuaca dan kestabilan iklim, termasuk potensi perubahan corak hujan dan suhu secara mendadak.

Projek ini kini mencetuskan perdebatan — adakah ia satu bentuk inovasi yang perlu diuji, atau satu risiko besar terhadap alam sekitar yang belum kita fahami sepenuhnya?

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Pertama Di Dunia, Beg Mewah Ini Diperbuat Daripada Kulit T-Rex
  • 275 Tan Bateri, 2,100 Penumpang – Inilah Kapal Elektrik Terbesar Dunia

Sumber: The Times, NY Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY