Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

275 Tan Bateri, 2,100 Penumpang – Inilah Kapal Elektrik Terbesar Dunia

Posted on Mei 5, 2025Mei 5, 2025

Kapal berkuasa bateri terbesar di dunia, Hull 096 telah dilancarkan secara rasmi di Tasmania oleh pembuat kapal Incat dari Australia.

Kapal sepanjang 130 meter ini akan beroperasi antara Buenos Aires, Argentina, dan Uruguay dengan keupayaan membawa seramai 2,100 penumpang dan 225 kenderaan menggunakan kuasa bateri sepenuhnya.

Malah, Hull 096 bukan sahaja merupakan kapal elektrik terbesar di dunia, tetapi juga menjadikan ia sebagai kenderaan elektrik (EV) terbesar seumpamanya yang pernah dibina.

Diberi nama China Zorrilla, iaibina untuk pengendali feri Amerika Selatan Buquebus.

Dilengkapi dengan 275 tan bateri dan sistem penyimpanan tenaga lebih 40 megawatt-jam, menjadikan Hull 096 sebagai kapal dengan pemasangan bateri terbesar pernah dibina.

Ia digerakkan oleh lapan jet air elektrik, yang membolehkannya menyeberangi sungai dalam 90 minit.

Reka bentuk dalamannya menampilkan dek runcit bebas cukai terbesar di dunia bagi sebuah feri seluas 2,300 meter persegi.

Kapal ini dipuji sebagai simbol inovasi dan kepimpinan global dalam teknologi sifar emisi, menetapkan penanda aras baharu untuk pengangkutan maritim lestari.

Sebelum ini, BYD Auto, telah melancarkan kapal pengangkut kenderaan terbesar di dunia yang dikenali sebagai “BYD Shenzhen.”

Kapal pengangkut itu yang mampu membawa sehingga 9,200 kereta, menggunakan bahan api konvensional dan LNG serta  bateri BYD untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon.

{suggest}

Sumber: INCAT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress