Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pertama Di Dunia, Beg Mewah Ini Diperbuat Daripada Kulit T-Rex

Posted on Mei 2, 2025Mei 2, 2025

VML, The Organoid Company, dan Lab-Grown Leather Ltd. telah mengumumkan kerjasama inovatif untuk menghasilkan alternatif kulit yang mesra alam.

Tidak berasaskan kulit haiwan yang wujud ketika ini, sebaliknya kerjasama syarikat itu adalah bagi menghasilkan beg berasaskan kulit yang dicipta menggunakan DNA T-Rex.

Projek ini menggabungkan kepakaran inovasi kreatif VML Netherlands, keupayaan kejuruteraan genomik The Organoid Company, dan platform teknologi kejuruteraan tisu Lab-Grown Leather.

T-Rex, salah satu pemangsa terbesar dan paling berbahaya yang pernah hidup jutaan tahun dahulu, mempunyai kolagen dalam kulit, tulang, dan ototnya.

Dengan menggunakan kolagen fosil T-Rex sebagai asas, proses ini akan melibatkan kejuruteraan sel dengan DNA sintetik, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam produk Lab-Grown Leather.

Kulit ini bersifat biodegradasi tetapi tetap tahan lasak, memberikan pilihan lestari dan inovatif bagi generasi masa depan.

Kulit T-Rex ini merupakan bahan yang unik kerana ia bukan sekadar tiruan, tetapi menawarkan ketahanan, kebolehbaikan, dan tekstur yang setanding dengan kulit asli.

Ia juga dapat mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar dan menyelesaikan isu etika dalam industri kulit tradisional.

Produk awal syarikat itu akan memfokuskan pada aksesori, dengan sasaran menghasilkan item fesyen mewah menjelang akhir 2025, sebelum memperluaskan ke sektor lain seperti automotif.

Kerjasama ini membuktikan bagaimana teknologi sintetik dan kejuruteraan genomik boleh membantu mencipta bahan baru yang berprestasi tinggi serta mesra alam.

Dengan menggabungkan biologi purba, industri boleh menghasilkan bahan mewah yang lebih mampan dan beretika.

{suggest}

Sumber: VML

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress