Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Joi

Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya

Diterbitkan April 17, 2025 · Dikemas kini Mei 21, 2025 oleh Penaja

Impikan set-up PC idaman yang berkuasa tinggi tanpa perlu berbelanja besar? Dengan JOI Work Ultra PC, anda boleh memiliki sebuah PC desktop berprestasi tinggi yang dikuasakan oleh pemprosesan  Intel® Core™ Ultra (Series 2), ia turut dilengkapi dengan spesifikasi berprestasi yang lain tapi pada harga yang sangat berbaloi!

Dengan sokongan pemprosesan Intel® Core™ Ultra (Series 2), anda boleh menikmati pengalaman kerja yang lebih lancar, dan responsif.

Dipadankan dengan bermula RAM 16GB DDR5 6000MHZ serta storan pantas NVME SSD Gen 4 berkapasiti sehingga 1TB, JOI Work Ultra PC memberikan ruang yang mencukupi untuk penyimpanan data dan menjalankan perisian dengan pantas.

JOI Work Ultra PC

Aliran Kerja Lancar

JOI Work Ultra PC direka khas untuk profesional perniagaan, pencipta kandungan, dan pengguna yang mengutamakan prestasi tinggi.

Ia termasuklah multitasking, gaming, penciptaan kandungan kreatif serta kerja-kerja produktiviti pejabat.

Ia mampu menjalankan pelbagai aplikasi dan tugasan serentak tanpa sebarang gangguan dengan kuasa Intel® Core™ Ultra (Series 2) termasuklah menyokong aplikasi AI yang mampu meningkatkan lagi kecekapan produktiviti dan automasi kerja.

JOI Work Ultra PC
JOI Work Ultra PC dikuasakan Intel® Core™ Ultra (Series 2) tersedia menyokong pelbagai aplikasi AI termasuklah Microsoft Copilot mahupun pihak ketiga yang lain seperti perisian suntingan grafik dan video Adobe serta pelbagai lagi aplikasi lain yang majoritinya kini dipacu AI.
Joi
JOI Work Ultra PC dikuasakan Intel® Core™ Ultra (Series 2) tersedia menyokong pelbagai aplikasi AI termasuklah Microsoft Copilot mahupun pihak ketiga yang lain seperti perisian suntingan grafik dan video Adobe serta pelbagai lagi aplikasi lain yang majoritinya kini dipacu AI.

Mereka yang berada dalam industri kreatif dan penciptaan kandungan pastinya tersenyum lebar dengan kemampuan PC ini melaksanakan operasi suntingan video, reka bentuk grafik, dan penghasilan pelbagai lagi kandungan digital dengan lancar.

Malah dengan spesifikasinya yang tinggi, JOI Work Ultra PC menjanjikan prestasi untuk tempoh operasi yang lama.

JOI Work Ultra PC
JOI Work Ultra PC dilengkapi teknologi terkini untuk memastikan keupayaan jangka panjang.

Jika spesifikasi sedia ada masih belum cukup, anda tidak perlu bimbang kerana cip Intel® Core™ Ultra  5-235 yang memacu JOI Work Ultra PC ini menyokong naik taraf RAM sehingga 256GB.

Sekali gus anda boleh meningkatkan spesifikasi PC ini untuk kuasa lebih cekap dan tanpa lag untuk bermain permainan video, menyunting gambar dan semestinya melakukan kerja-kerja harian.

JOI Work Ultra PC
JOI Work Ultra PC juga tersedia dengan konfigurasi pilihan yang lebih tinggi, lengkap dengan GPU berkuasa dari NVIDIA yang serasi dengan pemprosesan Intel® Core™ Ultra (Series 2).

Menjadikan ia lebih canggih lagi berbaloi, sistem penyejukkan JOI Work Ultra PC ini bukan biasa-biasa.

Ia tidak sahaja menggunakan sistem penyejukkan konvensional, tetapi turut tersedia dengan pilihan menggunakan sistem penyejukkan cecair untuk memastikan PC sentiasa beroperasi pada suhu optimum.

JOI Work Ultra PC
JOI Work Ultra PC juga tersedia dengan pilihan sistem penyejukkan cecair dengan warna RGB, menambahkan lagi visual estetik yang sudah sedia kemas binaannya.Terus auto nampak anda adalah seorang ‘gamer’.
JOI Work Ultra PC
JOI Work Ultra PC juga tersedia dengan pilihan sistem penyejukkan cecair dengan warna RGB, menambahkan lagi visual estetik yang sudah sedia kemas binaannya.Terus auto nampak anda adalah seorang ‘gamer’.

Tak Sangka Harga Macam Ni

Mesti ramai yang menyangkakan dengan spesifikasi ‘sepower’ ini, harga PC desktop JOI ini berharga mencecah RM5,000.

Anggap sahaja telahan anda itu kurang tepat kerana JOI Work Ultra PC ini ditawarkan pada harga serendah RM3,099 sahaja.

JOI Work Ultra PC

Sebab itulah dikatakan di awal tadi, anda tak perlu pecah tabung pun untuk memiliki sebuah PC desktop berkuasa seperti ini.

Di era serba AI yang memerlukan kuasa pemprosesan yang cukup berkuasa, JOI Work Ultra PC dengan Intel® Core™ Ultra (Series 2) menawarkan kuasa yang diperlukan pengguna.

JOI Work Ultra PC
JOI Work Ultra PC turut tersedia dalam pilihan konfigurasi perkakasan dan sistem operasi Windows 11 Pro yang lebih berkuasa untuk tugasan lebih berat dan kompleks.
JOI Work Ultra PC
JOI Work Ultra PC

Jadi, PC ini bukan sahaja untuk anda yang kaki ‘gaming’ tetapi juga sesuai untuk organisasi menjalankan analisis data, pencipta kandungan (content creator), dan lain-lain lagi.

Sudah tiba masanya untuk anda menaik taraf set-up PC anda dengan memiliki  JOI Work Ultra PC.

Tambahan pula JOI kini sedang mengadakan promosi istimewa di mana dengan setiap pembelian JOI Work Ultra PC, anda boleh menebus e-baucar GrabFood bernilai RM100.

JOI Work Ultra PC adalah pelaburan terbaik untuk mempercepatkan aliran kerja, meningkatkan kecekapan, dan membawa hasil yang lebih produktif.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang promosi JOI Work Ultra PC yang dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ Ultra (Series 2) dengan mengunjungi GLOO Hyperstore, Queensbay Mall, Penang atau layari laman rasmi berikut untuk pembelian secara dalam talian.

Laman rasmi GLOO:

  • https://www.gloo.com.my/JOI-Work-Ultra-PC-9490
  •  https://www.gloo.com.my/JOI-Work-Ultra-PC-7170
  • https://www.gloo.com.my/JOI-Work-Ultra-PC-7170-1
  • https://www.gloo.com.my/JOI-Work-Ultra-PC-5140-Set-2
  • https://www.gloo.com.my/JOI-Work-Ultra-PC-5140-Set-2-1
  • https://www.gloo.com.my/JOI-Work-Ultra-PC-5140-Set-1

Laman rasmi iTworld:

  • https://www.itworld.com.my/JOI-Work-Ultra-PC-9490
  •  https://www.itworld.com.my/JOI-Work-Ultra-PC-7170
  • https://www.itworld.com.my/JOI-Work-Ultra-PC-7170-1
  • https://www.itworld.com.my/JOI-Work-Ultra-PC-5140-Set-2
  • https://www.itworld.com.my/JOI-Work-Ultra-PC-5140-Set-2-1
  • https://www.itworld.com.my/JOI-Work-Ultra-PC-5140-Set-1

*Artikel ini dibawakan oleh JOI Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY