Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad

DNB Laksana Penstrukturan Semula Seiring Peralihan Ke Model Dwirangkaian 5G

Diterbitkan Februari 13, 2025 ยท Dikemas kini Februari 13, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Digital memaklumkan Digital Nasional Berhad (DNB) telah memulakan proses penstrukturan semula syarikat dengan pengemaskinian pelan perniagaan, pendanaan serta pelan operasi dan pengoptimuman kos baharu dan radikal.

Menerusi jawapan bertulis yang dimuat naik di portal Dewan Rakyat, kementerian itu berkata peralihan daripada model rangkaian borong tunggal (SWN) kepada model dwirangkaian 5G memerlukan perubahan signifikan dalam operasi perniagaan DNB, memandangkan DNB ditubuhkan berdasarkan model SWN.

Pada masa kini, Kerajaan memiliki kira-kira 34.9% pegangan ekuiti dalam DNB dan juga pegangan saham khas.

Kementerian itu memaklumkan selaras dengan peralihan kepada model dwirangkaian 5G dan Perjanjian Pemegang Saham DNB, kerajaan akan menerima bayaran bagi pegangan sahamnya dalam DNB, sebelum melepaskannya kepada syarikat telekomunikasi (telco) yang menjadi pemegang saham DNB.

Selain itu, dana pinjaman yang sebelum ini disalurkan oleh kerajaan kepada DNB akan dibayar balik oleh telco terlibat, termasuk kadar faedah yang dikenakan bagi pinjaman tersebut.

Sebagai tambahan, pinjaman yang dijamin oleh kerajaan juga akan dibiayai semula dan kerajaan akan dilepaskan daripada sebarang obligasi jaminan tersebut.

Dalam pada itu, Kementerian Digital menjelaskan DNB turut bekerjasama rapat dengan telco yang memegang sahamnya serta pakar perunding yang berpengalaman.

Kerajaan kekal komited untuk membantu DNB dalam proses peralihan ini, dan juga memastikan kejayaan kedua-dua rangkaian 5G dalam model dwirangkaian.

Berkaitan

  • Perjanjian Langganan Saham DNB Dengan Empat MNO Selesai
  • Selepas Hampir 2 Tahun Tanpa CEO, DNB Akhirnya Umum CEO Baharu
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • DNB, Ericsson Lancar Rangkaian 5G Advanced

Sumber: Jawapan Lisan Dewan Rakyat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY