Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb 5g

Perjanjian Langganan Saham DNB Dengan Empat MNO Selesai

Diterbitkan Jun 29, 2024 oleh Amalina Athman

Empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) kini telah melengkapkan perjanjian langganan saham (SSA) dengan Digital Nasional Berhad (DNB) dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.).

Berkaitan

  • DNB Umum Ahli Lembaga Pengarah Baharu, Merangkumi Lima MNO
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula - Menteri

Pihak berkenaan ialah CelcomDigi Bhd melalui Infranation Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Power International (melalui YTL Communications Sdn Bhd).

Di bawah terma SSA, empat MNO secara kolektif memperoleh kira-kira 65.1% pegangan ekuiti dalam DNB, dengan setiap satu MNO masing-masing memegang 16.28% kepentingan.

Sementara kerajaan Malaysia yang diwakili MOF Inc mengekalkan 34.88% pegangan dan Saham Khas dalam DNB untuk tempoh yang ditetapkan.

Bagi Telekom Malaysia Bhd (TM), tarikh yang mana syarat-syarat di bawah SSA perlu dipenuhi ialah 21 Ogos 2024.

Dengan menjangkakan TM berjaya melengkapkan SSA, pegangan MoF Inc. akan berkurangan kepada 30%, manakala MNO secara kolektif akan memegang 70% – masing-masing akan diselaraskan kepada 14% kepentingan.

Pada 1 Disember 2023, DNB dan MoF Inc. memeterai SSA dengan lima MNO, sekali gus membolehkan penyertaan MNO dalam DNB melalui pemilikan ekuiti dan membuka laluan kepada peralihan model dwirangkaian 5G.

Sumber: Siaran Media U Mobile, CelcomDigi, Maxis, YTL

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY