Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tune Talk Epik+

Tune Talk Naik Taraf Pelan Epik+ – 50GB Bermula RM28/Bulan, Insurans Sehingga RM150,000

Diterbitkan November 5, 2025 · Dikemas kini Ogos 3, 2026 oleh Amalina Athman

Tune Talk kini sekali lagi menaik taraf pelan Epik+ yang diperkenalkan pada Disember tahun lalu.

Jika sebelum ini pelan Epik+ bermula dari RM25 sebulan dengan 40GB data dan kelajuan 5G tanpa had, kini Tune Talk menambah baik penawaran tersebut dengan kuota lebih besar.

Tune Talk Naik Taraf Pelan Epik+ – 50GB Bermula RM28/Bulan, Insurans Sehingga RM150,000

Melalui kemas kini ini, pelan asas baharu dikenali sebagai Epik+ 28, menawarkan 50GB data berkelajuan tanpa had (hingga 900Mbps) untuk rangkaian 5G dan 4G, lengkap dengan panggilan dan hotspot tanpa had, pada harga RM28/bulan.

Tune Talk Epic+_1
pelan baharu
Tune-Talk-Epik_3 lama
pelan lama

Perlu diketahui, penggunaan hotspot akan ditolak daripada kuota data utama, dan pengguna boleh membeli add-on tambahan sekiranya memerlukan lebih banyak data untuk perkongsian.

Bagi pengguna yang mahukan lebih banyak kuota, Epik+ 35 masih mengekalkan 150GB data tetapi hadir dengan naik taraf perlindungan insurans kemalangan peribadi bernilai sehingga RM100,000, meningkat daripada RM50,000 sebelum ini.

Sementara itu, pelan Epik+ 50 yang menawarkan 350GB data kini dinaik taraf dengan insurans kemalangan peribadi sehingga RM150,000, serta langganan percuma foodpanda pandapro yang merangkumi penghantaran percuma dan tawaran eksklusif ahli.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Epik+, layari laman rasmi Tune Talk.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Tune Talk Perkenal Pelan Epik+, Bermula RM25/Bulan Untuk 40GB Data
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Senarai Pelan Prabayar Dengan Sokongan eSIM

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY