Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tune Talk Perkenal Pelan Epik+, Bermula RM25/Bulan Untuk 40GB Data

Tune Talk Perkenal Pelan Epik+, Bermula RM25/Bulan Untuk 40GB Data

Diterbitkan Disember 16, 2024 · Dikemas kini Disember 16, 2024 oleh Amalina Athman

Tune Talk hari ini melancarkan pelan Epik+, iaitu pelan terkini yang telah dinaik taraf daripada pelan Epik sebelum ini.

Menerusi pelan Epik+ baharu, syarikat itu menggantikan pelan EpikCall 20 dengan Epik 25+ – menawarkan 40GB data 4G/5G dengan kelajuan tanpa batas serta panggilan tanpa had kesemua rangkaian pada harga RM25/bulan.

Tune Talk Epik_3

Seterusnya, pelan Epik 35+ berharga RM35/bulan dinaik taraf kepada 150GB data 4G/5G  yang boleh dikongsi dengan penggunaan hotspot, bersama panggilan tanpa had serta perlindungan insurans bernilai RM50,000.

Sementara itu, pelan Epik 50+ kini hadir dengan 350GB data 4G/5G dengan kelajuan tanpa batas. Sebarang penggunaan hotspot juga akan dikongsi dengan data internet yang diperuntukkan – menggantikan pelan Epik 50 yang sebelum ini ditawarkan pada 500GB data dengan kelajuan 6Mbps dan kuota hotspot 5GB.

Dengan harga kekal sama pada RM50/bulan, ia turut menawarkan panggilan tanpa had serta perlindungan insurans peribadi bernilai RM50,000.

Menurut Tune Talk, mulai hari ini, hanya tarif Pek Epik+ tersedia untuk pendaftaran dan pertukaran SIM baharu. Walaupun begitu, pengguna di Pahang, Terengganu dan Kelantan masih boleh melanggan Pek Pantai Timur, manakala Pek Borneo juga tersedia untuk pelanggan baharu di Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Tune Talk.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Pelanggan Pascabayar Maxis, Hotlink Akan Terima Naik Taraf Kuota Data
  • CelcomDigi Tawar Kuota Bonus Untuk Pelan Postpaid 5G
  • U Mobile Lancar Pelan U Family 128 - 1000GB Data, Perayauan Antarabangsa Percuma
  • Cara Dapatkan eSIM Hotlink Prepaid Baharu Serta-Merta, Hanya Guna Aplikasi

Sumber: Tune Talk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY