Kini, penggunaan eSIM semakin meluas. Ia telah menjadi satu penyelesaian digital yang lebih mudah, pantas dan fleksibel. Sekarang hampir semua syarikat perkhidmatan telekomunikasi utama di Malaysia, telah memperkenalkan pelbagai pelan yang hadir dengan sokongan eSIM.
Ini bukan sahaja memudahkan urusan, namun ia juga meningkatkan lagi pengalaman digital pelanggan.
Di sini, kami senaraikan pelbagai pelan prabayar yang hadir dengan eSIM di Malaysia.
1. Yes FT5G Unlimited Prepaid

Di bawah Yes FT5G Unlimited Prepaid ini, terdapat dua pelan prabayar yang anda boleh langgan iaitu, FT5G 20 dan FT5G 30.
Jika anda melanggan pelan prabayar FT5G 20, anda akan dapat 50GB 5G+4G data dengan kelajuan tanpa batas dan panggilan tanpa had hanya dengan RM20 sebulan. Pelan ini juga menawarkan ‘Data Rollover’ di mana data internet anda yang tidak habis pada bulan ini, akan dibawa ke bulan hadapan.
Untuk pelan FT5G 30 pula, anda akan dapat 5G+4G data tanpa had kelajuan dengan 12GB Hotspot. Kelajuan 5G tanpa batas serta panggilan tanpa had. Semua ini untuk tempoh 30 hari hanya dengan RM30 sebulan.
2. CelcomDigi Prepaid 5G
Prepaid 5G NX:

Pakej ini menawarkan dua jenis pelan yang berbeza iaitu Prepaid 5G NX 25 dan Prepaid 5G NX 35.
Pelan Prepaid 5G NX 25 menawarkan kelajuan 100Mbps dengan 40GB Internet dan Hotspot serta panggilan tanpa had. Anda boleh melanggan pelan ini dengan harga RM25 untuk 30 hari.
Pelan Prepaid 5G NX 35 pula menawarkan kelajuan 100Mbps dengan 100GB Internet dan Hotspot serta panggilan tanpa had. Untuk melanggan, anda perlu membayar RM35 untuk sebulan.
Prepaid 5G UV:

Pakej ini juga menawarkan dua jenis pelan yang mungkin berbaloi untuk anda iaitu Prepaid 5G UV 30 dan Prepaid 5G UV 40.
Dengan langganan pelan Prepaid 5G UV 30, anda akan dapat kelajuan 18Mbps tanpa had dengan 100GB FUP. Anda juga akan dapat panggilan dan Hotspot tanpa had. Semuanya sah selama 28 hari hanya dengan RM30.
Prepaid 5G UV 40 pula menampilkan kelajuan 24Mbps tanpa had dengan 200GB FUP. Panggilan dan Hotspot tanpa had hanya dengan RM40 untuk 28 hari. Ketika artikel ini ditulis, anda juga boleh dapatkan pulangan tunai RM30 anda bertukar ke CelcomDigi.
3. Spark (Pengganti Yoodo)
CelcomDigi juga baru sahaja melancarkan Spark. Ia membolehkan pengguna mengurus talian mudah alih dengan lebih fleksibel termasuk pendaftaran, pengaktifan, penukaran pelan, dan pembatalan langganan. Semuanya melalui satu aplikasi digital.

Terdapat tiga pelan yang ditawarkan oleh Spark, iaitu Mini, Standard dan Plus.
Pelan Mini yang berharga RM15 sebulan ini, menawarkan 3GB Internet berserta sokongan Hotspot. Pelan Standard pula berharga RM25 sebulan dengan 40GB Internet berserta sokongan Hotspot dan 100 minit panggilan. Manakala, pelan Plus menawarkan 200GB Internet dengan sokongan Hotspot dan 100 minit panggilan pada harga RM65.
4. U Mobile U Prepaid

Terdapat empat pelan di bawah pakej ini. U Prepaid 25, U Prepaid 35, U Prepaid 40 dan U Prepaid 50.
U Prepaid 25 menawarkan kelajuan 12Mbps tanpa had dan data tanpa had dengan 40GB FUP. Panggilan tanpa had serta percuma 5G tanpa had setiap hujung minggu. Anda hanya perlu membayar RM25 sebulan untuk menikmati tawaran ini.
Dengan harga RM35 pula, anda boleh melanggan U Prepaid 35 dan mendapatkan kelajuan tanpa had sehingga 24Mbps. Panggilan dan data tanpa had berserta 10GB Hotspot. Pelan ini juga menampilkan 5G tanpa had setiap hujung minggu secara percuma.
Selain itu, anda boleh melanggan U Prepaid 40 pada harga RM40. Anda akan dapat kelajuan tanpa had sehingga 48Mbps. Data tanpa had dengan 200GB FUP serta panggilan tanpa had. 200GB Hotspot dan percuma 5G tanpa had setiap hujung minggu.
Pelan U Prepaid 50 pula boleh dilanggan dengan harga RM50 sebulan. Kelajuan tanpa had sehingga 1000Mbps berserta data tanpa had dengan 200GB FUP dan panggilan tanpa had. Ada juga 200GB Hotspot dan Data Ultra-pantas setiap hari.
5. TuneTalk Epik

TuneTalk juga tidak melepaskan peluang untuk menawarkan pelan prabayar yang menarik untuk para pengguna eSIM. Epik 35+, Epik 50+ dan Epik 25+ adalah pelan yang ditawarkan TuneTalk di dalam pakej Epik.
Epik 35+ menampilkan 150GB data dengan kelajuan 5G dan 4G tanpa batas. Panggilan serta Hotspot tanpa had. Tidak lupa juga akses eksklusif permainan dan drama serta Insurans Kemalangan Diri. Semua ini hanya pada harga RM35.
Seterusnya, Epik 50+ boleh dilanggan pada harga RM50 untuk 350GB data dengaan kelajuan tanpa batas. Panggilan dan Hotspot tanpa had serta akses eksklusif untuk drama dan permainan. Anda akan dapat percuma Insurans Kemalangan Diri dan langganan Foodpanda Pandapro.
Dengan harga RM25 pula anda boleh mendapatkan pelan Epik 25+, 40GB data dengan kelajuan 5G dan 4G tanpa batas serta panggilan tanpa had.
6. Unifi UNI5G WOW Prepaid
Pakej ini terpecah kepada dua, iaitu Pelan Jangka-pendek dan Pelan Jangka-panjang.
Jangka-pendek:
Pelan jangka-pendek terdiri daripada UNI5G WOW 35, UNI5G WOW 25 dan UNI5G WOW 50.
UNI5G WOW 35 menawarkan data tanpa had, kelajuan 5G tanpa batas untuk sepanjang hari, 10GB 5G/4G Hotspot beserta panggilan tanpa had pada harga RM35. Untuk pelan ini, data anda yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan hadapan dengan data roll over. Anda juga akan mendapat 50GB 5G Hotspot.
Seterusnya, pelan UNI5G WOW 25. Pelan yang berharga RM25 ini, menawarkan 30GB data dengan kelajuan 5G+4G tanpa batas sepanjang hari.
Terdapat juga data roll over untuk pelanggan pelan ini. Dengan hanya RM10 pula anda boleh mendapatkan UNI5G WOW 10. Data 10GB dengan kelajuan 5G selama 24 jam berserta data roll over.
UNI5G WOW 50 pula boleh dilanggan dengan harga RM50. Kelajuan 5G tanpa batas untuk 70GB data berserta Hotspot.
Jangka-panjang:

Pelan jangka-panjang pula terdiri daripada UNI5G WOW 12 Months dan UNI5G WOW 3 Months.
UNI5G WOW 12 Months menampilkan 120GB data dengan kelajuan 5G selama 24 jam berserta Hotspot dan panggilan tanpa had. Sah untuk setahun dengan harga RM180.
UNI5G WOW 3 Months pula menawarkan 15GB data dengan kelajuan 5G tanpa batas untuk sepanjang hari pada harga RM50. Pelan ini disertakan dengan Hotspot dan panggilan tanpa had. Langganan sah untuk 90 hari.
7. Hotlink Prepaid Unlimited
Terdapat 5 pelan untuk pakej ini. Unlimited RM55, Unlimited RM40, Unlimited RM25, Unlimited RM12 dan Unlimited RM4.
Untuk pelan RM55, anda akan dapat kelajuan tanpa batas sepanjang hari dan panggilan tanpa had dengan Hotspot. Disertakan dengan 400GB FUP serta sooka dan data perayauan percuma. Langganan anda akan sah untuk 30 hari.
Pelan RM40 datang dengan kelajuan 48Mbps tanpa batas dan panggilan tanpa had serta Hotspot. Turut termasuk juga 200GB FUP. Anda boleh dapatkan pelan Unlimited RM25 dan nikmati kelajuan 12Mbps tanpa batas dan panggilan tanpa had dengan Hotspot serta 40GB FUP. Semua ini sah selama 30 hari.
Anda juga boleh melanggan pelan RM12 untuk seminggu. Anda akan ditawarkan 6Mbps kelajuan tanpa batas dan panggilan tanpa had dengan Hotspot berserta 20GB FUP. Pelan seterusnya, adalah pelan sehariyang menawarkan 6Mbps kelajuan tanpa batas dengan harga RM4. Pelan ini juga disertakan dengan panggilan tanpa had, Hotspot dan 6GB FUP.
8. OneXOX 5G

Akhir sekali, kita ada pakej pelan OneXOX 5G dari XOX. Pakej ini terdiri dari enam pelan iaitu 1X-5, 1X-10, 1X-18, 1X-22, 1X-35 dan 1X-48.
Pelan 1X-5 ini adalah pelan harian. Ia boleh dilanggan dengan harga RM5 untuk 10GB data dan 2GB Hotspot. Pelan 1X-10 ini pula merupakan pelan mingguan dengan harga RM10. Dengan pelan ini andda boleh menikmati 25GB data serta 5GB Hotspot.
Seterusnya pelan bulanan 1X-18. Dengan harga RM18 anda akan dapat data tanpa had dengan kelajuan 6Mbps serta FUP sebanyak 50GB dan Hotspot sebanyak 10GB. 1X-22 pula adalah pelan bulanan berharga RM22 dengan 100GB data dan 100GB Hotspot.
Pelan 1X-35 ini ialah pelan bulanan berharga RM35, menawarkan 50GB data tanpa had dengan kelajuan 10Mbps serta 50GB Hotspot.
Pelan 1X-48 ini pula pelan harian dengan harga RM48. Ia menampilkan 150GB data tanpa had dengan kelajuan 10Mbps serta 150GB Hotspot.
Kesemua pelan ini menawarkan panggilan tanpa had. Sementara untuk SMS, ia perlu dibayar apabila digunakan.
XOX juga ada menawarkan pakej tempoh sah bagi SIM untuk 6 bulan (RM30) serta 12 bulan (RM48).
Kesimpulan
Peringatan untuk anda, sebelum melanggan anda perlu memastikan telefon anda mempunyai sokongan eSIM dan juga ‘telco’ tersebut menyokong peranti anda. Ini kerana, ‘telco’ menyokong beberapa telefon sahaja. Anda boleh rujuk di laman web ‘telco’ yang anda mahu.
Jangan lupa juga untuk menyemak cara-cara mendaftar pada laman web syarikat perkhidmatan telekomunikasi pilihan anda. Ini kerana, cara mendaftar adalah berbeza mengikut syarikat perkhidmatan telekomunikasi masing-masing.
{suggest}




