Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tune Talk e-Roaming Jemaah Haji Malaysia

Tune Talk Tawar E-Roaming Percuma Di Arab Saudi Untuk Jemaah Haji, Umrah

Diterbitkan Ogos 3, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 3, 2026 oleh Amalina Athman

Tune Talk kini menawarkan E-Roaming percuma di Arab Saudi, membolehkan pengguna yang layak terus menggunakan kuota data sedia ada ketika menunaikan ibadah Haji atau Umrah tanpa perlu membeli pas perayauan berasingan.

Tawaran yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini diaktifkan secara automatik sebaik sahaja pengguna tiba di Arab Saudi. Ini bermakna pengguna tidak perlu membeli pas perayauan, memasukkan kod pengaktifan atau melakukan sebarang tetapan tambahan sebelum menggunakan perkhidmatan tersebut.

Dengan sambungan internet yang tersedia sebaik mendarat, jemaah boleh terus berhubung dengan keluarga di Malaysia, menggunakan aplikasi navigasi dan pengangkutan, serta berkoordinasi dengan kumpulan perjalanan masing-masing tanpa perlu menunggu atau mencari rangkaian Wi-Fi.

Menurut Tune Talk, langkah ini juga dapat membantu mengurangkan kos perayauan antarabangsa yang lazimnya dibelanjakan oleh rakyat Malaysia ketika menunaikan Haji atau Umrah. Berdasarkan anggaran industri, kos perayauan mudah alih bagi tempoh tersebut boleh mencecah sekitar RM89 hingga RM180 sebulan.

Ketersediaan

E-Roaming percuma di Arab Saudi ditawarkan kepada pelanggan Tune Talk berikut:

  • Epik+ 50,
  • Epik+ Family,
  • Epik+ Family Safe
  • Epik+ 35 (melanggan melebihi 6 bulan)
  • Epik+ 28 (melanggan melebihi 6 bulan)

Setiap pelanggan yang layak (dengan MyKad) akan menikmati E-Roaming percuma selama sebulan di Arab Saudi.

Bagi pelanggan yang belum memenuhi syarat tempoh langganan, perkhidmatan E-Roaming masih boleh diperoleh secara berasingan sebagai pilihan tambahan.

Maklumat lanjut mengenai tawaran ini boleh didapati menerusi www.tunetalk.com/eroaming.

Berkaitan

  • Tune Talk Naik Taraf Pelan Epik+ - 50GB Bermula RM28/Bulan, Insurans Sehingga RM150,000
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Tune Talk Tawar Epik+ Family Safe - Dilengkapi Ciri Kawalan Ibu Bapa, 700GB Data, RM80/Bulan
  • Tune Talk Lancar E-Roaming - Tawar Perayauan Percuma Di 13 Negara Untuk Pelan Terpilih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
©2026 WISER.MY