Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG 3_Tune Talk Epik+ Family Safe KV

Tune Talk Tawar Epik+ Family Safe – Dilengkapi Ciri Kawalan Ibu Bapa, 700GB Data, RM80/Bulan

Diterbitkan Jun 26, 2026 · Dikemas kini Jun 26, 2026 oleh Amalina Athman

Tune Talk kini memperkenalkan pelan prabayar baharu Epik+ Family Safe, yang menggabungkan pelan keluarga dengan ciri kawalan ibu bapa.

Ditawarkan pada harga RM80 sebulan, pelan ini membolehkan ibu bapa mengurus akses internet anak tanpa perlu bergantung kepada tetapan berasingan pada aplikasi atau peranti. Sebaliknya, kawalan tersebut dilaksanakan secara terus melalui rangkaian mudah alih Tune Talk.

Menerusi Epik+ Family Safe, ibu bapa boleh memilih antara tiga tahap perlindungan iaitu rendah, sederhana atau tinggi, selain menyekat kandungan merentasi sehingga 56 kategori dengan mudah. Pendekatan ini membolehkan tahap perlindungan disesuaikan mengikut umur dan keperluan anak.

IMG 3_Tune Talk Epik+ Family Safe Three Levels of Protection

Selain ciri kawalan ibu bapa, pelan Epik+ Family Safe turut merangkumi satu talian untuk ibu bapa dan satu talian untuk anak, 700GB data berkelajuan sehingga 900Mbps (tiada FUP) serta perlindungan insurans sehingga RM500,000.

Tune Talk Epik+ Family Safe_01

Menurut Tune Talk, penyelesaian ini dibangunkan menggunakan rangkaian mudah alih cloud-native syarikat itu dengan kerjasama Nokia. Dengan kawalan dilaksanakan pada lapisan rangkaian, ibu bapa tidak lagi perlu memasang atau mengurus aplikasi kawalan ibu bapa pada peranti anak bagi mendapatkan perlindungan asas ketika menggunakan data mudah alih.

IMG 6

Pelancaran pelan ini hadir ketika isu keselamatan dalam talian kanak-kanak semakin mendapat perhatian, termasuk berkaitan sekatan akses media sosial bagi golongan bawah umur. Tune Talk berkata matlamatnya adalah menyediakan penyelesaian yang lebih mudah untuk membantu keluarga mengurus penggunaan internet anak-anak.

Pada masa sama, syarikat itu turut berkongsi hasil Tinjauan Keyakinan Digital Keluarga Tune Talk yang mendapati 48.1% ibu bapa di Malaysia menganggap akses kepada kandungan yang tidak sesuai mengikut umur sebagai kebimbangan utama mereka. Tinjauan sama juga menunjukkan lebih tiga daripada lima ibu bapa masih kurang yakin dalam mengurus tabiat digital anak-anak, sekali gus menggambarkan keperluan terhadap alat kawalan yang lebih mudah digunakan.

Bagi yang berminat, pelan Epik+ Family Safe kini boleh didapati menerusi aplikasi Tune Talk, laman rasmi Tune Talk serta kedai Tune Talk terpilih di seluruh negara.

Berkaitan

  • Kakitangan Tune Talk Kini Turut Menjadi Pemegang Saham Syarikat
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Tune Talk Lancar Rangkaian Cloud-Native Pertama Di Malaysia Berasaskan AWS
  • Tune Talk Lancar Platform Beli Belah Dalam Aplikasi Telco Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY