Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TuJu issue Google Maps_imagewisermy

Navigasi TuJu Dipautkan Ke Google Maps Bagi Optimumkan Kos Operasi – Ahmad Maslan

Diterbitkan November 16, 2026 · Dikemas kini November 16, 2026 oleh Amalina Athman

Aplikasi TuJu kini menggunakan fungsi navigasi yang dipautkan (hyperlink) terus ke Google Maps sebagai langkah alternatif untuk mengoptimumkan kos operasi sistem.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata berkata jumlah muat turun aplikasi TuJu meningkat daripada sekitar 200,000 dalam tempoh tujuh bulan kepada 800,000 sebelum melepasi satu juta dalam masa beberapa hari, susulan larangan Waze bagi urusan rasmi kerajaan atas faktor keselamatan siber serta galakan penggunaan aplikasi navigasi tempatan.

Lonjakan pengguna tersebut memberi tekanan kepada kapasiti sistem sedia ada sehingga menyebabkan gangguan teknikal, selain menyebabkan caj langganan penyedia perkhidmatan peta navigasi melebihi had bayaran.

“Peningkatan pengguna yang mendadak tersebut telah menyebabkan caj bayaran langganan oleh penyedia perkhidmatan peta navigasi telah melebihi had bayaran sehingga Prosignal kena bayar RM300,000 dalam masa satu hari, contohnya. Susulan itu LLM bersama PCSB telah melaksanakan langkah pemulihan dan penambahbaikan aplikasi TuJu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Perkembangan ini turut menjelaskan perubahan yang dikesan pada awal November lalu, apabila pengguna Android dialihkan ke Google Maps ketika menggunakan fungsi navigasi TuJu. Ketika itu, kerja pemulihan dan penambahbaikan disasarkan selesai selewat-lewatnya pada 6 November 2026.

Bagaimanapun, berdasarkan penjelasan terbaharu Ahmad Maslan, pautan terus ke Google Maps kini digunakan sebagai langkah alternatif untuk mengoptimumkan kos pengoperasian sistem.

Untuk rekod, TuJu dibangunkan oleh Prosignal Consortium Sdn Bhd (PCSB) menerusi perjanjian usaha sama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Aplikasi itu dilancarkan pada 26 November 2025 sebagai platform penyampaian maklumat trafik lebuh raya bertol secara masa nyata (real-time), dengan fungsi navigasi diperkenalkan sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada.

“Pembangunan aplikasi ini tidak melibatkan sebarang penggunaan dana awam. Tak ada dana awam untuk aplikasi TuJu.. dan peruntukan kos kewangan daripada kerajaan, LLM juga tiada. Keseluruhan kos pembangunan pengoperasian penyelenggaraan aplikasi ini di bawah tanggungjawab oleh Prosignal tanpa sebarang peruntukan kerajaan,” jelasnya.

Selain navigasi, TuJu turut menyediakan ciri utama seperti carian lokasi kawasan rehat dan rawat (R&R), bantuan kecemasan, paparan CCTV secara langsung serta maklumat trafik masa nyata.

Semua perkhidmatan utama ini telah tersedia dan boleh diakses sepenuhnya oleh semua pengguna di platform iOS dan Android.

Berkaitan

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Skor 397.5/400 Dalam Peperiksaan Kebangsaan Korea Selatan Rupanya Dibantu AI
  • Selepas TikTok, Jordan Kini Haramkan Pula Telegram Atas Alasan Keselamatan
  • Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Memintas Dron Penceroboh
  • Megaspeed Sahkan Alice Huang Keluar Syarikat Sejak Ogos 2025
  • China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial Elektrik Sepenuhnya Selama 16 Minit
  • Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna
  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
©2026 WISER.MY