Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna

Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna

Diterbitkan November 16, 2026 oleh Amsyar Latif

Apple melancarkan Apple Health AI Usage Study, sebuah kajian penyelidikan maya di Amerika Syarikat (AS) untuk memahami cara pengguna menggunakan alat AI kesihatan berbentuk perbualan. Kajian tersebut dijalankan bersama OpenEvidence dan menyasarkan sehingga 200,000 peserta.

Menurut Apple, kajian ini meneliti apa yang membina kepercayaan pengguna, kualiti jawapan dan tahap kefahaman pengguna. Ia juga melihat sama ada AI mempengaruhi tindakan kesihatan harian mereka. Dapatannya akan digunakan untuk membentuk reka bentuk AI kesihatan di Apple dan dalam industri secara umum.

Peserta akan menggunakan aplikasi khas, Apple Health AI Study App, untuk bertanya soalan kesihatan harian. Jawapan dikuasakan oleh OpenEvidence, platform AI klinikal yang digunakan secara meluas oleh pengamal perubatan.

Platform ini merujuk sumber seperti The New England Journal of Medicine, Journal of the American Medical Association (JAMA) dan Nature, dan setiap jawapan disertakan rujukan klinikal yang boleh disemak.

Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna

Peserta juga boleh memilih untuk berkongsi data daripada aplikasi Health melalui HealthKit, termasuk kadar denyutan jantung rehat, aktiviti fizikal, tidur dan keputusan makmal. Apple mahu melihat sama ada data peribadi ini menjadikan jawapan lebih relevan dan mudah difahami. Syarikat itu turut mahu mengetahui sama ada aplikasi ini membantu pengguna membuat persediaan sebelum berjumpa doktor.

Aplikasi tersebut turut dilengkapi kawalan keselamatan yang mengesan soalan tertentu yang membimbangkan, lalu mencadangkan pengguna merujuk penyedia kesihatan atau sumber lain yang sesuai.

Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna

Dari segi privasi, Apple menyatakan data kajian tidak akan digunakan untuk melatih model AI. Peserta juga boleh menentukan sama ada mahu berkongsi data HealthKit atau jawapan tinjauan.

Kajian ini hanya dibuka kepada pengguna di AS yang berumur 21 tahun ke atas. Mereka perlu menggunakan iPhone yang menyokong Apple Intelligence, iaitu iPhone 15 Pro atau lebih baharu, dengan iOS 26 ke atas.

Apple menegaskan aplikasi berkenaan tidak bertujuan mendiagnosis atau merawat sebarang penyakit, dan bukan pengganti nasihat profesional perubatan.

Setakat ini, Apple belum mengumumkan sebarang perancangan untuk membawa aplikasi atau kajian ini ke negara lain, termasuk Malaysia.

Berkaitan

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Megaspeed Sahkan Alice Huang Keluar Syarikat Sejak Ogos 2025
  • China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial BEV Sepenuhnya Selama 16 Minit
  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Bakal Uji Sistem Pintar Tanpa Kamera Untuk Pantau Warga Emas Tinggal Sendirian
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
©2026 WISER.MY