Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Skor 397.5/400 Dalam Peperiksaan Kebangsaan Korea Selatan Rupanya Dibantu AI

Skor 397.5/400 Dalam Peperiksaan Kebangsaan Korea Selatan Rupanya Dibantu AI

Diterbitkan November 16, 2026 oleh Amsyar Latif

Polis Korea Selatan memulakan siasatan selepas calon yang mendapat tempat pertama dalam peperiksaan kelayakan akauntan cukai kebangsaan mengaku menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk meniru.

Calon tersebut mendapat tempat pertama dalam kedua-dua pusingan peperiksaan yang diadakan pada April dan Julai lalu. Dia membuat pengakuan menerusi peguamnya bahawa dia menggunakan AI untuk mendapatkan jawapan semasa peperiksaan.

Dalam pusingan pertama, dia memperoleh 397.5 daripada 400 markah. Dia hanya salah satu daripada 160 soalan. Pencapaian itu mencetuskan tuduhan bahawa dia meniru menggunakan cermin mata pintar, tetapi dia menafikannya pada awalnya.

Dalam video yang dimuat naik di saluran YouTube peguamnya, calon itu menjelaskan kaedah yang digunakannya.

“Saya menggunakan kamera mini untuk mengambil gambar soalan peperiksaan dan menghantarnya kepada AI, kemudian menyemak jawapan di telefon pintar saya,” katanya.

Dia turut berkata sangat menyesali perbuatannya. Menurutnya, dia mengalami masalah kewangan selepas meninggalkan pekerjaan untuk memulakan perniagaan.

Peguamnya enggan mendedahkan butiran lanjut kerana bimbang kaedah tersebut ditiru oleh pihak lain.

Agensi Polis Metropolitan Seoul mengesahkan menerima pengakuan bertulis daripada peguam calon tersebut. Kes itu kini diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Peperiksaan itu dikendalikan oleh Human Resources Development Service of Korea (HRDK). Menurut agensi itu, terdapat dua pengawas di dalam dewan ketika calon tersebut menduduki peperiksaan.

Presiden HRDK, Lee Byung-hoon, memohon maaf atas insiden itu. Beliau berkata agensi berkenaan akan memfailkan aduan jenayah terhadap calon tersebut atas kesalahan menghalang urusan perniagaan.

Pejabat Presiden Korea Selatan juga memutuskan untuk menyiasat secara menyeluruh semua kes disyaki meniru menggunakan AI dalam peperiksaan kelayakan kebangsaan. Langkah itu diambil menjelang peperiksaan kemasukan universiti, Suneung, yang akan berlangsung pada 19 November.

HRDK turut mendedahkan bahawa sistem “AI inspector” berjaya mengesan seorang calon memakai cermin mata pintar semasa peperiksaan pensijilan jurutera gas bulan lalu.

Sebelum ini, Korea Selatan merancang mendakwa pelajar yang meniru menggunakan cermin mata pintar dalam Suneung. – AFP

Berkaitan

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Selepas TikTok, Jordan Kini Haramkan Pula Telegram Atas Alasan Keselamatan
  • Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Memintas Dron Penceroboh
  • Megaspeed Sahkan Alice Huang Keluar Syarikat Sejak Ogos 2025
  • China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial Elektrik Sepenuhnya Selama 16 Minit
  • Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna
  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
©2026 WISER.MY