Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rocket-Assisted Interceptor Drone (R.A.I.D))

Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Menjatuhkan Dron Musuh

Diterbitkan November 16, 2026 · Dikemas kini November 16, 2026 oleh ariff bukhari

Teknologi dron semakin berkembang pesat dan digunakan dalam pelbagai sektor, termasuk keselamatan pertahanan negara.

Menyedari kepentingannya di masa hadapan dan cabaran perang moden, sekumpulan penyelidik dari Pusat Teknologi Aeroangkasa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah membangunkan teknologi yang dikenali sebagai Rocket-Assisted Interceptor Drone (R.A.I.D.), iaitu sebuah dron pemintas yang direka khas untuk mengesan dan mengekang ancaman dron.

Untuk versi pertama, R.A.I.D. yang dibangunkan berasaskan platform dron First Person View (FPV), diubah suai bagi membolehkannya dipasangkan pada roket.

Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Menjatuhkan Dron Musuh
Kajian ini diketuai oleh penyelidik dari Pusat Teknologi Aeroangkasa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Prof. Madya Ts. Dr. Mohammad Fadhil bin Abas.

Prototaip dron tersebut mampu terbang pada kelajuan sekitar 250 kilometer sejam, membolehkannya mengejar sasaran dengan lebih berkesan.

Bagi mengatasi kekangan hayat bateri yang terhad, pasukan penyelidik turut mencadangkan penggunaan sistem bantuan roket.

Melalui konsep ini, roket akan membawa dron ke kawasan sasaran sebelum dron dilepaskan untuk melaksanakan misi memintas dron musuh.

Penyelidik menjelaskan,  keperluan terhadap pembangunan teknologi seperti R.A.I.D. semakin mendesak berikutan kemunculan dron moden yang menggunakan sistem kawalan melalui kabel gentian optik.

Berbanding dron yang bergantung kepada isyarat radio, dron jenis ini lebih sukar diganggu menggunakan teknologi gangguan frekuensi atau “jamming”.

Oleh itu, pendekatan pemintasan secara fizikal menggunakan dron pemintas ini dilihat sebagai penyelesaian yang lebih praktikal dan berkesan untuk menumpaskan ancaman tersebut.

Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Menjatuhkan Dron Musuh
Projek ini walaupun masih berada pada peringkat bukti konsep, namun mempunyai potensi besar untuk diaplikasikan dalam sektor pertahanan negara.

Selain dikawal secara manual pada peringkat awal, versi keduanya yang sedang dibangunkan akan dilengkapi dengan teknologi yang membolehkan dron mengesan, menjejak dan memintas sasaran secara autonomi, sekali gus mengurangkan kebergantunagn operasi dikawal manusia.

Sasaran jangka panjang projek ini adalah untuk menghasilkan sistem pertahanan dron yang lengkap, merangkumi pengesanan, pengenalpastian, penjejakan dan pemintasan ancaman dalam satu platform bersepadu.

Menariknya, sebahagian besar komponen R.A.I.D. dihasilkan menggunakan teknologi pencetakan 3D bagi mengurangkan kos pembangunan.

Jadi, kos produksi dron adalah jauh lebih murah dari musuh, menjadikan taktikal pintasan dron secara fizikal ini lebih menguntungkan berbanding kerugian yang dialami pihak musuh.

Pada masa hadapan, pasukan penyelidik mensasarkan peningkatan kelajuan melebihi 300 kilometer sejam serta pembangunan sistem yang lebih lengkap dan bersepadu.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Selepas TikTok, Jordan Kini Haramkan Pula Telegram Atas Alasan Keselamatan
  • Megaspeed Sahkan Alice Huang Keluar Syarikat Sejak Ogos 2025
  • China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial Elektrik Sepenuhnya Selama 16 Minit
  • Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna
  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Bakal Uji Sistem Pintar Tanpa Kamera Untuk Pantau Warga Emas Tinggal Sendirian
©2026 WISER.MY