Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial BEV Sepenuhnya Selama 16 Minit

China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial BEV Sepenuhnya Selama 16 Minit

Diterbitkan November 16, 2026 oleh ariff bukhari

China membuat sejarah baru dalam industri penerbangan komersial apabila berjaya menerbangkan pesawat berkuasa elektrik sepenuhnya.

Pesawat komersial CE-25A seberat 10 tan itu yang menjana elektrik daripada bateri berjaya melaksanakan penerbangan ujian pertamanya.

Dibangunkan oleh COMAC (Commercial Aircraft Corporation of China), pesawat elektrik komersial pertama buatan China itu berjaya menjalani ujian penerbangan yang berlangsung di Binzhou, wilayah Shandong, dengan melibatkan dua juruterbang serta seorang jurutera ujian penerbangan.

Penerbangan itu berlangsung selama hampir satu jam, dengan pesawat berada di udara selama lebih 16 minit dan menempuh jarak sekitar 60 kilometer.

Menurut COMAC, semua sistem berfungsi dengan baik dan objektif ujian berjaya dicapai.

China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial BEV Sepenuhnya Selama 16 Minit
CE-25A menggunakan sistem pendorong elektrik yang terdiri daripada kipas elektrik yang dipasang pada sayap.

Kejayaan ini menunjukkan bahawa teknologi pesawat elektrik China semakin matang dan berpotensi untuk digunakan dalam operasi komersial pada masa hadapan.

CE-25A direka untuk membawa sehingga 19 penumpang dengan berat maksimum berlepas sebanyak 10 tan.

Menurut laporan, pesawat ini mampu terbang pada kelajuan sekitar 300 kilometer sejam, pada ketinggian 2,400 meter, dan mampu lakukan penerbangan sehingga 400 kilometer jauhnya.

Kejayaan penerbangan ujian ini menandakan satu langkah besar dalam pembangunan penerbangan hijau dan mesra alam.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Selepas Terbang Hampir 20 Jam Tanpa Henti Dari Perancis, Pesawat Ini Akhirnya Selamat Mendarat Di Australia
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Megaspeed Sahkan Alice Huang Keluar Syarikat Sejak Ogos 2025
  • Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna
  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Bakal Uji Sistem Pintar Tanpa Kamera Untuk Pantau Warga Emas Tinggal Sendirian
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
©2026 WISER.MY