Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Naik Taraf Sistem Penyejukan Wisma R&D UM, Jimatkan Kos Sebanyak RM7.59 juta

TNB Naik Taraf Sistem Penyejukan Wisma R&D UM, Jimatkan Kos Sebanyak RM7.59 juta

Diterbitkan Julai 15, 2026 · Dikemas kini Julai 15, 2026 oleh ariff bukhari

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Universiti Malaya (UM) telah menandatangani Perjanjian Bekalan Tenaga Penyejukan (Cooling Energy Supply Agreement – CESA) bagi memodenkan sistem penyejukan di Wisma R&D UM.

Projek ini dilaksanakan oleh anak syarikat TNB, TNB Engineering Corporation Sdn. Bhd. (TNEC), yang akan membekalkan tenaga penyejukan daripada loji Sistem Penyejukan Daerah (DCS) di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Perjanjian konsesi selama 20 tahun ini dijangka mengurangkan kos penyejukan sehingga 30%, bersamaan penjimatan RM7.59 juta.

Sistem DCS menawarkan operasi lebih stabil, cekap dan berdaya harap berbanding sistem konvensional.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad, menegaskan kerjasama ini membuktikan keupayaan TNB menyediakan solusi tenaga moden yang kos efektif. Naib Canselor UM, Dato’ Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, pula menyatakan ia selaras dengan aspirasi UM membangunkan kampus lestari.

TNB Naik Taraf Sistem Penyejukan Wisma R&D UM, Jimatkan Kos Sebanyak RM7.59 juta
Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid (dua dari kiri), dan Pengerusi UM, Tan Sri
Dato’ Sri Zarinah Anwar (dua dari kanan), menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian
antara Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad (kiri), dan Naib
Canselor UM, Dato’ Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman (kanan).

Wisma R&D dipilih kerana sistem sedia adanya telah beroperasi lebih 25 tahun dan hampir tamat kitaran hayat ekonominya.

Selain manfaat langsung, projek ini membuka peluang pengoptimuman tenaga di Kampus Induk UM, pembangunan kampus baharu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

TNB dalam satu kenyataan berkata, inisiatif ini sekali gus menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih cekap, mengurangkan impak alam sekitar daripada sistem penyejukan konvensional dan memperluas penggunaan infrastruktur lestari dalam pembangunan institusi serta bandar.

Berkaitan

  • Bil Elektrik Naik? Ini Yang Perlu Difahami Mengenai Struktur Tarif TNB
  • Anak Sarawak Ketuai Pembangunan Satelit MAVERIC Yang Akan Dilancar Ke Orbit Bumi Dengan Roket SpaceX Falcon 9
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY