Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anak Sarawak Ketuai Pembangunan Satelit MAVERIC Yang Akan Dilancar Ke Orbit Bumi Dengan Roket SpaceX Falcon 9

Anak Sarawak Ketuai Pembangunan Satelit MAVERIC Yang Akan Dilancar Ke Orbit Bumi Dengan Roket SpaceX Falcon 9

Diterbitkan Julai 9, 2026 · Dikemas kini Julai 9, 2026 oleh ariff bukhari

Universiti Southern California (USC) bakal mencipta sejarah apabila satelit nanosatelit hasil tangan pelajar mereka yang dinamakan sebagai MAVERIC, dijadualkan dilancarkan ke orbit dalam bulan Julai 2026 ini melalui misi rideshare roket SpaceX Falcon 9.

Apa yang membanggakan adalah satelit bersaiz mini jenis 3U CubeSat yang dibangun melibatkan lebih 60 pelajar dan fakulti USC ini diketuai oleh anak jati Sibu, Sarawak bernama Irfan Annuar.

Anak Sarawak Ketuai Pembangunan Satelit MAVERIC Yang Akan Dilancar Ke Orbit Bumi Dengan Roket SpaceX Falcon 9
Irfan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Queen Mary University of London sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Angkasa di University of Southern California (USC). Sekarang beliau bekerja di Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Angkasa USC, di mana dia mengetuai integrasi dan ujian MAVERIC. Kredit: Dayak Daily.

Pembangunan satelit ini adalah sebagai platform ujian teknologi angkasa generasi baharu. MAVERIC membawa misi utama untuk menguji beberapa inovasi penting.

Antaranya ialah sistem imej 2D dan 3D yang berfungsi bagi tujuan pemeriksaan dan penyelenggaraan kapal angkasa, sensor medan magnet kos rendah untuk mempertingkatkan data cuaca angkasa, serta teknologi navigasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan medan magnet bumi sebagai alternatif kepada roda tindak balas.

Pendekatan ini bertujuan mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi satelit kecil.

Anak Sarawak Ketuai Pembangunan Satelit MAVERIC Yang Akan Dilancar Ke Orbit Bumi Dengan Roket SpaceX Falcon 9
MAVERIC adalah sebuah Cubesat 3U sains dan teknologi yang direka dan dibina oleh pelajar di USC. Ia bertujuan untuk menyelidik magnetik di orbit, bersama-sama dengan dua muatan teknologi berbeza untuk visualisasi dan pengimejan 2D dan 3D dari skrin LCD untuk aplikasi angkasa lepas pada masa depan.

Menurut Irfan, teknologi ini amat relevan untuk Sarawak kerana boleh digunakan dalam ramalan banjir, pemantauan hutan, pengurusan tanah, pertanian serta pengesanan kapal.

Dengan memiliki satelit sendiri, Sarawak dapat mengawal data kritikal tanpa bergantung kepada pihak luar.

Anak Sarawak Ketuai Pembangunan Satelit MAVERIC Yang Akan Dilancar Ke Orbit Bumi Dengan Roket SpaceX Falcon 9
Rupa bahagian dalam satelit MAVERIC.

Selain itu, MAVERIC turut bekerjasama dengan Planetary Systems AI untuk melatih model pembelajaran mesin secara langsung di orbit menggunakan imej yang dikumpul.

Kaedah ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada penghantaran data mentah ke bumi, sekali gus mempercepatkan proses analisis dan tindak balas.

USC dalam satu kenyataan berkata, kerjasama ini mencerminkan model penyelidikan terapan yang lebih luas di mana fakulti, pelajar dan rakan industri bekerjasama untuk membangunkan dan mengesahkan teknologi baru.

Berkaitan

  • India Berjaya Lancar Satelit Seberat 6,100 Kg Ke Orbit Rendah
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Starlink Rancang Lancar Satelit ‘Direct-to-Cell’ Gen-2 Bermula 2027

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY