Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Berpotensi Raih Nilai Lebih Besar Jika Bergabung Dengan Astro – Penganalisis

TM Berpotensi Raih Nilai Lebih Besar Jika Bergabung Dengan Astro – Penganalisis

Diterbitkan Jun 24, 2026 · Dikemas kini Jun 24, 2026 oleh Amalina Athman

Astro berpotensi menjadi sasaran aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) susulan penyusutan ketara nilai pasarannya kepada sekitar RM300 juta, berbanding kira-kira RM18 bilion pada kemuncaknya sebelum ini.

Menurut MBSB Research, beberapa faktor dilihat berpotensi menjadikan Astro sebagai sasaran M&A. Selain memiliki permodalan pasaran yang kini lebih kecil, syarikat itu turut mempunyai portfolio kandungan asli serta harta intelek yang dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987. Astro juga masih mencatat keuntungan sebanyak RM1.6 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2027 walaupun berdepan persekitaran operasi yang mencabar.

Ketika ini, Astro dilihat terus berdepan pelbagai cabaran dalam era penstriman moden berikutan lambakan kandungan percuma, selain kehilangan hak penyiaran Piala Dunia FIFA baru-baru ini. Dalam masa sama, syarikat itu terus dibebani kos tetap yang tinggi termasuk berkaitan transponder dan satelit milik MEASAT.

Mengulas potensi penggabungan itu, MBSB Research berpandangan Telekom Malaysia Bhd (TM) berpotensi memperoleh nilai yang lebih besar sekiranya bergabung dengan Astro berbanding syarikat pengendali rangkaian mudah alih.

Menurut firma itu, penguasaan TM dalam segmen gentian optik kediaman serta penawaran kandungan menerusi Unifi TV boleh diperkukuh lagi dengan penyertaan kandungan Astro dalam ekosistem syarikat.

Bagaimanapun, kemungkinan TM melaksanakan aktiviti M&A ketika ini masih terhad memandangkan syarikat itu sedang memberi tumpuan kepada peluasan rangkaian gentian optik, pembangunan infrastruktur sokongan 5G serta komitmen pembayaran dividen.

Buat masa ini, ia hanyalah sekadar pandangan penganalisis dan tidak melibatkan sebarang cadangan rasmi daripada mana-mana pihak.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • RTM Dilapor Tamatkan Siaran TV1, TV2 Dan Okey Di Astro Mulai 1 Julai
  • Pakej Astro One Ditawarkan Serendah RM74.90/Bulan - Termasuk Netflix, Pek Blockbuster
  • Astro Perkenal Pakej Penstriman Lebih Jimat - Disney+ Dan Prime Video Hanya RM25 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY