Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
A1xNetflix KV_Generic_1920x1080

Pakej Astro One Ditawarkan Serendah RM74.90/Bulan – Termasuk Netflix, Pek Blockbuster

Diterbitkan Mei 14, 2026 oleh Amalina Athman

Astro kini memperkenalkan tawaran baharu untuk pakej Astro One yang memberikan lebih banyak nilai kepada pelanggan baharu dan sedia ada.

Bermula 1 Mei hingga 31 Julai 2026, pengguna yang melanggan Astro One Entertainment boleh mendapatkan harga promosi RM74.90 sebulan, berbanding harga asal RM87.67. Sementara itu, Astro One Sports ditawarkan pada harga RM94.90 sebulan, lebih rendah daripada harga asal RM137.67. Semua harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk SST.

A1xNetflix KV_Generic_1920x1080

Kedua-dua pakej ini didatangkan dengan Netflix Basic dan akses percuma kepada Pek Blockbuster selama 24 bulan tanpa caj tambahan, serta Astro GO yang membolehkan penstriman di dua peranti secara serentak. Bagi pelanggan yang memilih pemasangan Plug & Play, tiada caj pemasangan dikenakan, manakala pemasangan standard dikenakan caj RM50.

Dalam pada itu, Pek Blockbuster turut menampilkan empat saluran baharu, iaitu Astro Showtime (Saluran 411), Astro FAM Time (Saluran 412), Rock Action (Saluran 414) dan Rock X Stream (Saluran 415).

Tawaran ini terbuka kepada pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada yang melanggan atau menaik taraf ke pakej Astro One Entertainment atau Astro One Sports. Pelanggan baharu akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan, manakala pelanggan sedia ada yang layak juga boleh menikmati tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Astro.

Berkaitan

  • Tiada Lagi Saluran HBO Di Astro Mulai 1 Mac 2026
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Astro Bincang Hak Penyiaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY