Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rtm_radio televisyen malaysia

RTM Dilapor Tamatkan Siaran TV1, TV2 Dan Okey Di Astro Mulai 1 Julai

Diterbitkan Mei 13, 2026 · Dikemas kini Mei 13, 2026 oleh Amalina Athman

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dilapor akan menamatkan perkhidmatan penyiaran saluran miliknya, iaitu TV1 HD, TV2 HD dan Okey, di platform Astro bermula 1 Julai 2026.

Menurut laporan NST Business Times, keputusan itu dibuat selepas RTM dan Astro dikatakan tidak mencapai persetujuan harga dan kontrak yang memenuhi keperluan serta kemampuan kewangan masing-masing.

Dalam satu pekeliling bertarikh 11 Mei, RTM dilaporkan berkata kos sewaan saluran yang terus meningkat menjadikan penamatan perkhidmatan sebagai langkah yang lebih wajar, bagi mengelakkan bebanan kos yang sukar dikawal.

Untuk rekod, kerjasama antara RTM dan Astro telah berlangsung sejak 1996 bagi penyiaran TV1 dan TV2. Saluran Okey pula, yang sebelum ini dikenali sebagai Muzik Aktif dan TVi, mula disiarkan melalui Astro pada 2009.

Setakat ini, Astro masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Tiada Lagi Saluran HBO Di Astro Mulai 1 Mac 2026
  • RTM, Unifi TV Penyiar Rasmi Piala Dunia FIFA 2026
  • Astro Bincang Hak Penyiaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026
  • RTM, Unifi TV Akan Tayang Kesemua 104 Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY