Dalam episod ke-7 INNOVATHON Musim ke-2 baru-baru ini telah menampilkan peserta daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hadir dengan produk dibangunkan mereka yang dikenali sebagai Compact Tactical Light.
Projek inovasi Compact Tactical Light (CTL) merupakan sebuah idea berimpak tinggi yang diilhamkan daripada kejadian sebenar semasa OP FAJAR di Teluk Aden, Somalia.
Semasa kejadian tersebut, helikopter Fennec yang melakukan cabin gunning mengalami kesukaran untuk mengenal pasti kedudukan pasukan penggempur Pasukan Khas Laut (PASKAL).
Kekeliruan di dalam gelap dan situasi cemas tersebut meningkatkan risiko tertembak pasukan sahabat.
Jadi, dengan CTL yang dibangunkan TLDM ini yang hadir dalam saiz kompak dan berketahanan tinggi, mempunyai keupayaan pancaran mod halimunan sepertimana Night Vision Goggles (NVG) untuk kegunaan taktikal.
Malah ia juga tersedia dengan spektrum normal yang boleh digunakan untuk menandakan halangan yang merbahaya dan memancarkan isyarat kecemasan S.O.S bagi memudahkan rakan seperjuangan mengenali satu sama lain termasuklah orang awam dan membezakan pihak musuh.
CTL direkacipta dengan menggunakan Computer Aided Design untuk memastikan elemen ergonomik dan pengotimuman topografi tercapai.
Di samping itu, CTL yang dihasilkan ini menggunakan teknologi pencetakan 3D.
Jika anda suka dengan inovasi ini dan ciptaan-ciptaan lain oleh peserta yang bertanding dalam INNOVATHON Musim ke-2, anda boleh mengundi dengan layari laman INNOVATHON People’s Choice Award.
Pemenang INNOVATHON bakal memenangi dana sokongan pembangunan perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1,000,000.00.
{suggest}
Sumber: Tentera Laut Diraja Malaysia