Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Satelit UZMASAT-1 Berjaya Dilancarkan Menggunakan Roket Elon Musk

Satelit UZMASAT-1 Berjaya Dilancarkan Menggunakan Roket Elon Musk

Diterbitkan Januari 15, 2025 · Dikemas kini Januari 15, 2025 oleh ariff bukhari

Hari ini, 15 Januari 2025, negara mencatat satu lagi sejarah baharu apabila satelit penderiaan jauh UZMASAT-1 melalui Falcon 9 Transporter 12 milik SpaceX berjaya dilancarkan.

Pelancaran itu dibuat pada 3.09 pagi waktu Malaysia dari Pangkalan Tentera Angkasa Vandenberg, California, Amerika Syarikat.

UZMASAT-1 adalah satelit pemerhatian bumi (EO) pertama milik Uzma Berhad.

Ia dibangunkan dengan kerjasama antara Uzma dan syarikat pengumpulan data Pemerhatian Bumi terkemuka, Satellogic, bertujuan untuk mengembangkan keupayaan geospatial di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Geospatial AI Mohammad Fadhli Jamaluddin berkata, UZMASAT-1  adalah sebahagian daripada 25 satelit milik rakan teknologi Uzma, Satellogic, membolehkan pemerhatian dilakukan hingga lima kali sehari di lokasi yang sama.

Satelit itu dilengkapi kamera berteknologi tinggi dengan sensor multi-spectral band, termasuk sensor RGB (merah, hijau, biru) dan inframerah dekat yang mampu memberikan data terperinci untuk pelbagai kegunaan. 

UZMASAT-1 kini berada di orbit rendah bumi pada ketinggian sekitar 500 kilometer yang berupaya menghasilkan imej beresolusi tinggi dengan kemampuan resolusi ruang 50 hingga 70 sentimeter yang mampu mengesan objek kecil seperti kenderaan dengan jelas.

UZMASAT-1 direka dengan keupayaan untuk menyokong pelbagai sektor di Malaysia termasuk pertanian, perladangan, pengurusan bencana, dan pemantauan alam sekitar. 

Berkaitan

  • Walaupun Selepas 2 Tahun, Apple Masih Tawar SOS Kecemasan Melalui Satelit Secara Percuma
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Industri Minyak Sawit Malaysia Memanfaatkan Teknologi Angkasa

Sumber: UZMA Group, BERNAMA 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY