Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro

Apple Dijangka Bawa Perubahan Besar Pada iOS 19

Diterbitkan Mac 11, 2025 ยท Dikemas kini Mac 11, 2025 oleh Amsyar Latif

Apple dijangka memperkenalkan perubahan besar pada antara muka iPhone, iPad, dan Mac dengan pelancaran iOS 19, iPadOS 19, dan macOS 16 tahun ini. Kemas kini ini bukan sekadar penyegaran reka bentuk, tetapi transformasi menyeluruh yang akan menyelaraskan pengalaman pengguna merentas semua peranti Apple.

Perubahan yang dirancang melibatkan ikon, menu, aplikasi, butang sistem, serta navigasi yang lebih intuitif. Ini menjadikannya kemas kini terbesar sejak iOS 7 dan macOS Big Sur, dengan matlamat memberikan pengalaman lebih moden dan lancar kepada pengguna.

apple vision pro visionos - 1
visionOS

Sebahagian inspirasi diambil daripada visionOS yang digunakan dalam Vision Pro, seperti elemen lut sinar dan ikon berbentuk bulat, tetapi reka bentuk baharu ini tidak akan sepenuhnya meniru sistem tersebut.

Apple berharap pembaharuan ini dapat meningkatkan daya tarikan iPhone, iPad, dan Mac terkini, serta mengurangkan tumpuan terhadap kelewatan pelancaran ciri Apple Intelligence pada Siri.

Ini kerana, iOS, iPadOS serta macOS sudah lama tidak menerima perubahan besar sejak peralihan iOS 6 ke iOS 7 serta macOS Big Sur dan menjadikan kebanyakan pengguna berasa bosan.

Perubahan ini akan diumumkan secara rasmi pada Persidangan Pembangun Sedunia (WWDC) 2025 pada bulan Jun dan pengguna boleh mencubanya kelak.

Adakah ia benar? Memandangkan laporan tersebut datang daripada Mark Gurman, berkemungkinan besar ia boleh jadi realiti.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Apple Intelligence Kelak Bakal Diintegrasi Dengan Google Gemini
  • 3D Touch: Inovasi Canggih Apple Yang Kini Tinggal Sejarah, Ini Sebabnya
  • Beberapa Ciri Apple Intelligence Untuk Siri Ditangguhkan Hingga 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY