Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Terraxspace Malaysia_1

TerraX-1 Berjaya Dilancarkan – Satelit Pertama Malaysia Guna Teknologi SAR

Diterbitkan Oktober 21, 2025 · Dikemas kini Oktober 21, 2025 oleh Amalina Athman

Malaysia mencipta sejarah dalam bidang angkasa apabila satelit pertama negara berasaskan teknologi Synthetic Aperture Radar (SAR), TerraX-1 (AIRSAT-03), berjaya dilancarkan pada 19 Oktober lalu.

Seperti dilaporkan Astro Awani, TerraXpace memaklumkan pelancaran itu berlangsung pada jam 11.33 pagi waktu Malaysia dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, China, menggunakan roket Kinetica-1.

Here comes the mission recap video (some people seem to have already posted it on X).

Mission Y9 is scheduled for early November, followed by Mission Y11 and Y12. pic.twitter.com/dGSnFxknUD

— CAS Space (@cas_space) October 19, 2025

Syarikat tempatan itu menjelaskan bahawa pembangunan TerraX-1 menandakan satu langkah besar dalam memperkukuh keupayaan Malaysia dalam teknologi satelit serta pemerhatian bumi.

Teknologi SAR membolehkan satelit itu merakam imej beresolusi tinggi pada bila-bila masa, termasuk ketika cuaca buruk, sekali gus memastikan ketepatan serta konsistensi data pemerhatian bumi.

“Imej dan data yang diperoleh akan digunakan bagi tujuan tindak balas bencana, pemantauan pertanian, perlindungan alam sekitar, pengawasan pesisir serta perancangan infrastruktur”.

Langkah ini juga dilihat sebagai pemangkin kepada usaha memperkukuh keupayaan negara dalam membuat keputusan berasaskan data dan mempercepat pembangunan nasional.

Selain TerraX-1, roket Kinetica-1 turut membawa dua satelit lain, iaitu AIRSAT-04 dari China dan PRSC-HS1, satelit penderiaan jauh hiperspektral milik Pakistan.

Dalam perkembangan lain, TerraXpace turut merancang untuk memperluas program satelitnya dan membangunkan platform data bersepadu yang bakal memberi manfaat kepada sektor awam dan swasta di rantau ini.

Berkaitan

  • Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun
  • China Lancar 12 Satelit AI, Mulakan Projek Superkomputer Di Angkasa
  • Inilah Rupa Kapal Angkasa Yang Dikata Mampu Bawa Manusia Sejauh 4 Tahun Cahaya
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Pusat Data Awan Diluaskan Ke Angkasa, Sasar Kelajuan Sehingga 100 Gbps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY