Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun

Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun

Diterbitkan April 25, 2025 oleh Amalina Athman

Pembangunan ‘International Space Port’ di Pahang dijangka siap seawal tiga hingga lima tahun akan datang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib.

Beliau berkata tapak pelancaran roket antarabangsa pertama di Asia Tenggara itu dijangka mewujudkan 2,350 peluang pekerjaan selain memberi limpahan ekonomi kepada sektor pelancongan dan peluang penyelidikan.

Dari segi kelebihan, saya dimaklumkan antara kawasan tapak yang optimal (dibangunkan) adalah di garisan Khatulistiwa di sekitar pantai timur khususnya Pahang dan Sabah.

Mohamad Nizar berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah menandatangani surat hasrat (Letter of Intent) bersama China Great Wall Industry Corporation (CGWIC) dan Lestari Angkasa Sdn Bhd bagi menjalin kerjasama strategik dalam pembangunan sektor teknologi angkasa di Malaysia pada 15 April.

Tambah beliau lagi, pihak PKNP dan Lestari Angkasa Sdn Bhd akan mengadakan lawatan kerja ke China pada Mei depan sebagai sebahagian daripada kajian kebolehlaksanaan dan kerja-kerja merancang pembangunan projek tersebut.

Sementara itu, Mohamad Nizar berkata kerajaan negeri sedang menilai dua cadangan bagi membangunkan bandar aeroangkasa atau aerospace city yang meliputi kawasan Gebeng, Kuantan dan Pekan.

Pada Disember tahun lalu, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dilaporkan berkata Pahang dan Sabah antara negeri disenaraikan untuk dibangunkan sebagai tapak pelancaran roket membawa satelit ke angkasa lepas.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Pahang Mahu Jadi Hab Pemasangan Dan Pembuatan EV
  • Kerajaan Pahang Akan Bangunkan Pusat Data AI

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY