Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inilah Rupa Kapal Angkasa Yang Dikata Mampu Bawa Manusia Sejauh 4 Tahun Cahaya

Inilah Rupa Kapal Angkasa Yang Dikata Mampu Bawa Manusia Sejauh 4 Tahun Cahaya

Diterbitkan Ogos 13, 2025 · Dikemas kini Ogos 13, 2025 oleh ariff bukhari

Sekumpulan jurutera telah mereka bentuk sebuah kapal angkasa yang mampu membawa sekurang-kurangnya 1,400 orang dalam perjalanan sehala ke sistem bintang Proxima Centauri yang terletak sejauh 4 tahun cahaya dari Matahari.

Kapal angkasa yang dikenali sebagai Chrysalis itu sebenarnya adalah kenderaan konsep yang direka untuk pertandingan Project Hyperion Design di mana rekaan kapal angkasa ini telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

Project Hyperion meneroka kebolehlaksanaan perjalanan antara bintang dengan kenderaan hipotesis yang direka untuk perjalanan berabad-abad lamanya, di mana kru akan hidup, membiak, dan meninggal di atas kapal, manakala generasi seterusnya meneruskan misi sehingga tiba di destinasi.

Inilah Rupa Kapal Angkasa Yang Dikata Mampu Bawa Manusia Sejauh 4 Tahun Cahaya
Proxima Centauri ialah bintang yang paling hampir dengan Matahari di luar sistem solar iaitu kira-kira 4.2 tahun cahaya dalam sistem Alpha Centauri. Secara teori, saintis berkata bintang itu adalah yang paling hampir menyerupai Bumi dan mungkin sesuai dihuni manusia.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Initiative for Interstellar Studies (i4is) dengan menjemput pasukan dari pelbagai disiplin termasuk arkitek, jurutera, dan ahli sains untuk mereka bentuk habitat kapal angkasa bagi perjalanan 250 tahun ke planet yang boleh didiami.

Pertandingan ini menetapkan reka bentuk kenderaan itu perlu membolehkan masyarakat berfungsi dan berkembang dalam persekitaran sumber terhad.

Juri Projek Hyperion dalam ulasan mereka memilih Chrysalis sebagai pemenang menyatakan,  tahap sistem dan reka bentuk inovatif struktur habitat modular serta kedalaman princian keseluruhan kapal, diterangkan pasukan itu begitu mengagumkan.

Sekali gus membolehkan pasukan pasukan yang mereka bentuk Chrysalis terdiri daripada lima penyelidik menerima hadiah sebanyak $5,000 (~RM23,450).

Inilah Rupa Kapal Angkasa Yang Dikata Mampu Bawa Manusia Sejauh 4 Tahun Cahaya

Dalam pembentangan mereka, kapal Chrysalis ini direka dalam bentuk silinder dengan panjang 58 km yang memiliki 5 lapisan utama iaitu:

  • pengeluaran makanan (tumbuhan, haiwan, ekosistem tropika & boreal),
  • ruang komuniti (taman, sekolah, hospital),
  • kawasan kediaman,
  • kemudahan industri dan;
  • gudang luar beroperasi dengan bantuan robot.
Inilah Rupa Kapal Angkasa Yang Dikata Mampu Bawa Manusia Sejauh 4 Tahun Cahaya
Inilah Rupa Kapal Angkasa Yang Dikata Mampu Bawa Manusia Sejauh 4 Tahun Cahaya

Teras pusat kapal ini menempatkan kapal ulang-alik dan peralatan komunikasi. Kuasa kapal ini pula dijana oleh reaktor nuklear fusion (teknologi ini masih belum wujud secara komersial) dan mengekalkan graviti melalui putaran secara berterusan.

Inilah Rupa Kapal Angkasa Yang Dikata Mampu Bawa Manusia Sejauh 4 Tahun Cahaya

Populasi akan dikawal pada 1,500 orang melalui perancangan kelahiran dengan sistem tadbir urus akan dibantu AI untuk memastikan kesinambungan pengetahuan dan ketahanan sosial merentas generasi.

Walaupun masih bersifat hipotesis, Project Hyperion ini memberi sumbangan penting kepada kajian dan reka bentuk kapal angkasa masa depan.

Berkaitan

  • Berapa Jauhkah 1 Tahun Cahaya? Ini Jawapannya
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Inilah Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik & Cybernics Kebangsaan Perkeso Terbaru Di Ipoh

Sumber: Project Hyperion, Chrysalis – Phase 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY