Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Data Awan Diluaskan Ke Angkasa, Sasar Kelajuan Sehingga 100 Gbps

Pusat Data Awan Diluaskan Ke Angkasa, Sasar Kelajuan Sehingga 100 Gbps

Diterbitkan September 17, 2025 · Dikemas kini September 17, 2025 oleh ariff bukhari

Axiom Space dan Spacebilt Inc. bekerjasama dengan Microchip Technology, Phison Electronics, dan Skyloom untuk membangunkan Orbital Data Center (ODC) yang akan ditempatkan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2027.

Projek ini yang dikenali sebagai AxODC Node ISS iakan menyediakan storan data berskala petabyte, pemprosesan berprestasi tinggi, serta sokongan AI/ML di orbit Bumi rendah (LEO).

Ia akan membolehkan satelit, kapal angkasa, angkasawan dan penyelidik menyimpan, memproses serta menghantar data melalui Optical Communication Terminal (OCT).

KepNet and Axiom ODC v4
Kredit: Axiom Space

Phison akan menyumbangkan jenis storan SSD Pascari enterprise dengan kapasiti melebihi satu petabyte, manakala Microchip pula membekalkan pemproses PIC64-HPSC yang direka untuk pengkomputeran angkasa berdaya tahan tinggi.

Spacebilt pula membangunkan Large In-Space Servers (LiSS), sementara Skyloom yang menyediakan OCT bagi menghubungkan satelit di orbit Bumi rendah (LEO) dengan AxODC Node ISS dengan kelajuan sehingga 2.5 Gbps.

Ini merupakan langkah awal menuju sambungan 100 Gbps pada masa depan, yang akan membolehkan Axiom Space, Spacebilt, dan pelanggan komersial menikmati komunikasi berkelajuan tinggi, rendah latensi, setaraf telco, untuk penghantaran data dari angkasa ke Bumi.

Inisiatif ini sekali gus meletakkan asas kepada rangkaian pusat data angkasa generasi baharu, membuka peluang kepada aplikasi komersial, keselamatan negara, dan penyelidikan antarabangsa.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • MAS Kini Terbang Dengan Bahan Api Hijau Bancuhan PETRONAS
  • Unifi TV 2.0 Untuk Semua - Serendah RM8/bulan, Ini Pelan Yang Ditawarkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY