Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China supercomputer space

China Lancar 12 Satelit AI, Mulakan Projek Superkomputer Di Angkasa

Diterbitkan Mei 19, 2025 · Dikemas kini Mei 19, 2025 oleh Amalina Athman

China telah melancarkan kumpulan satelit pertama bagi sistem pengkomputeran angkasanya, yang berpotensi menandingi kekuatan superkomputer daratan paling berkuasa sebaik sahaja ia siap sepenuhnya.

Sebanyak 12 satelit, masing-masing dilengkapi dengan sistem pengkomputeran pintar serta pautan komunikasi antara satelit, telah dilancarkan ke angkasa menggunakan roket Long March 2D dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada Rabu lalu.

Satelit-satelit ini merupakan sebahagian daripada Konstelasi Pengkomputeran Tiga-Badan, sebuah infrastruktur angkasa yang sedang dibangunkan oleh Zhejiang Lab.

China supercomputer space_6

Apabila siap sepenuhnya, rangkaian ini dijangka menyokong pemprosesan data secara masa nyata di orbit dengan kapasiti pengkomputeran mencecah 1,000 peta operasi sesaat (POPS) atau bersamaan satu kuintilion operasi sesaat, tanpa perlu bergantung kepada stesen darat.

Setiap satelit turut dilengkapi dengan model AI yang mempunyai 8 bilion parameter dan mampu melakukan 744 tera operasi sesaat (TOPS).

Secara keseluruhan, ADA Space menyatakan satelit-satelit ini berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan teknologi laser dengan kelajuan sehingga 100Gbps dan berkongsi 30 TB storan secara kolektif, serta mampu mengendalikan sehingga 5 POPS.

China supercomputer space_1
China supercomputer space_2
China supercomputer space_3
China supercomputer space_5

Selain itu, setiap satelit turut membawa muatan saintifik, termasuk pengesan polarisasi sinar-X, yang direka untuk mengesan fenomena kosmik singkat seperti letupan sinar gamma (gamma-ray bursts).

Satelit-satelit ini juga mempunyai keupayaan untuk menghasilkan data kembar digital 3D (3D digital twin), yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai aplikasi seperti respons kecemasan, permainan video dan pelancongan maya.

Pembangunan ini berpotensi menjadi titik permulaan kepada pengkomputeran awan berasaskan angkasa sebagai satu keupayaan baharu, selain membuka ruang persaingan strategik baru dengan Amerika Syarikat.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • China Dah Mula Guna 10G, Tapi Ini Bukan 10G Yang Ramai Fikirkan
  • China Uji Kereta Api Sepantas Pesawat — 1,300km Kini Hanya 90 Minit
  • China Cipta Robot Boleh Berubah Bentuk Seperti "Transformers"

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY