Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Berdepan Tindakan Jika Gagal Beri Kerjasama – Fahmi

(Dikemas Kini) Telegram Kini Dialih Keluar Dari Apple App Store

Diterbitkan Ogos 4, 2026 · Dikemas kini Ogos 5, 2026 oleh Amalina Athman

Kemas kini 4 Ogos 2026, 11.20pagi: Aplikasi Telegram kembali tersedia di App Store.

Memetik laporan Mark Gurman dari Bloomberg, Apple menjelaskan bahawa Telegram dikeluarkan daripada App Store selepas semakan mendapati terdapat kandungan yang melanggar garis panduan syarikat berhubung bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM). Menurut Apple, aplikasi itu dikembalikan semula sejurus pembangun Telegram membuang kandungan berkenaan dan menyekat pengguna yang memuat naiknya.

Apple: We briefly removed Telegram from the App Store after our review found content that violates our strict guidelines prohibiting child sexual abuse material. The app was subsequently restored after the developer promptly removed the content and banned the user who posted it.

— Mark Gurman (@markgurman) August 4, 2026

I'm sure this stance will be applied equally to all other apps in the store, in the future right? @Apple

(btw: https://t.co/ZRYqIGaxVH)

— Telegram Messenger (@telegram) August 4, 2026


Artikel asal: Telegram kini telah dialih keluar daripada Apple App Store, menyebabkan pengguna iPhone dan iPad tidak lagi boleh memuat turun aplikasi itu sebagai pemasangan baharu.

Sehingga artikel ini ditulis, carian Telegram di App Store tidak lagi memaparkan sebarang keputusan di semua rantau yang diuji, termasuk Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Walau bagaimanapun, pengguna yang telah memasang Telegram sebelum ini masih boleh menggunakan aplikasi tersebut seperti biasa. Buat masa ini, sekatan itu hanya menjejaskan muat turun baharu menerusi App Store.

JUST IN: Telegram removed from the Apple App Store worldwide. pic.twitter.com/VlYyQ99W73

— Watcher.Guru (@WatcherGuru) August 4, 2026

Ini bukanlah kali pertama Telegram dikeluarkan daripada App Store. Pada 2018, Apple pernah mengalih keluar aplikasi itu buat sementara waktu selepas menerima laporan mengenai penyebaran kandungan haram menerusi beberapa saluran di platform tersebut. Telegram kemudiannya membuat perubahan bagi menangani isu berkenaan sebelum aplikasi itu dikembalikan ke App Store.

Berbalik kepada konteks, Apple dan Telegram setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai punca aplikasi itu dikeluarkan daripada App Store. Oleh itu, masih belum dapat dipastikan sama ada ia merupakan tindakan sementara, semakan terhadap pematuhan dasar App Store atau berpunca daripada masalah teknikal.

Bagi pengguna Android, Telegram masih boleh dimuat turun seperti biasa melalui Google Play.

Berkaitan

  • Telegram Kini Sokong 'Passkey' Untuk Log Masuk
  • Telegram Kini Dilengkapi Ciri Ringkasan AI
  • Aplikasi Telegram Kini Kembali Ke Apple Watch
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • CEO Telegram Dedah Punca Telegram Dialih Keluar Sementara Dari App Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY