Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Apple Watch

Aplikasi Telegram Kini Kembali Ke Apple Watch

Diterbitkan Jun 10, 2026 oleh Amalina Athman

Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov, mengumumkan bahawa aplikasi Telegram untuk Apple Watch kini tersedia dengan pengalaman yang dibangunkan sepenuhnya untuk watchOS.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu mengimbas kod QR melalui aplikasi Telegram di iPhone, sama seperti proses log masuk pada peranti atau platform lain. Bagi akaun yang menggunakan perlindungan tambahan, pengguna juga perlu memasukkan kata laluan awan sebelum akses diberikan.

Selepas proses log masuk selesai, pengguna boleh mengakses kenalan dan perbualan terus daripada Apple Watch. Aplikasi ini turut menyokong pelbagai fungsi termasuk penghantaran mesej teks dan suara, paparan GIF dan video, perkongsian lokasi serta penggunaan pelekat.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/10102719/aplikasi-Telegram-Apple-Watch.mp4

Untuk rekod, Telegram pernah mempunyai sokongan Apple Watch pada tahun 2015. Namun, ia dihentikan beberapa tahun kemudian dan dikeluarkan daripada App Store.

Walaupun terdapat beberapa aplikasi pihak ketiga yang menawarkan akses Telegram di Apple Watch, kini pengguna akhirnya boleh kembali menggunakan aplikasi rasmi daripada Telegram sendiri.

Berkaitan

  • Telegram Kini Sokong 'Passkey' Untuk Log Masuk
  • Telegram Kini Dilengkapi Ciri Ringkasan AI
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY