Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_Bernama Radio 20 Ogos 2026

Telco Perlu Segera Perjelas Dakwaan Pendaftaran Talian Telefon Disalahguna Untuk Penipuan – Fahmi

Diterbitkan Ogos 20, 2026 · Dikemas kini Ogos 20, 2026 oleh Amalina Athman

Syarikat telekomunikasi (telco) diminta untuk segera memberi penjelasan berhubung dakwaan terdapat sejumlah besar talian telefon didaftarkan yang dikhuatiri disalahgunakan bagi kegiatan penipuan dalam talian.

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan memanggil syarikat telco terbabit dan mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan memberikan penjelasan penuh berhubung perkara itu sebelum penghujung hari ini.

“Jika benar, syarikat-syarikat telco ini payah nak jawab. Saya akan panggil untuk mereka datang jumpa saya dan beri penjelasan penuh tentang perkara ini. Sebelum penghujung hari ini, saya nak CEO syarikat telco tersebut memberi penjelasan,” katanya ketika berucap pada pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026.

Menurut Fahmi, kerajaan sebelum ini telah mengambil beberapa langkah bagi memperketatkan proses pendaftaran talian, termasuk mewajibkan pengesahan menggunakan MyDigital ID bagi pendaftaran talian prabayar.

Beliau berkata langkah berkenaan penting bagi mengelakkan nombor telefon yang didaftarkan daripada disalahgunakan untuk tujuan tidak baik.

Terdahulu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mendakwa terdapat syarikat telco yang membenarkan pendaftaran antara 20 hingga 50 talian telefon menggunakan satu nama, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai talian berkenaan boleh disalahgunakan, termasuk bagi kegiatan penipuan dalam talian.

Beliau berkata syarikat terlibat perlu dipertanggungjawabkan berhubung penyalahgunaan pendaftaran talian yang boleh menyebabkan pengguna menjadi mangsa penipuan.

Nadzim berkata pihaknya menerima kes seorang lelaki berusia 70 tahun, yang hanya mempunyai satu talian telefon tetapi mendapati sebanyak 18 talian didaftarkan atas namanya, selain satu kes lain membabitkan hingga 400 talian didakwa didaftarkan menggunakan satu nama.

“Kalau satu tempat (telco) boleh daftar menggunakan satu nama untuk 20 atau 50 talian tanpa masalah, perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akhirnya pengguna yang menanggung akibat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata pihaknya berharap kerajaan memanggil CEO syarikat telco untuk menjelaskan mekanisme pendaftaran dan kawalan terhadap jumlah talian yang boleh didaftarkan menggunakan satu identiti, selain memastikan pihak yang terlibat dapat dipertanggungjawabkan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Starlink Hasrat Uji Teknologi 'Direct-to-Device' Di Malaysia - Fahmi
  • 10GB Data Internet Percuma Sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2026 - Fahmi
  • Facebook Platform "Paling Berdosa" Kepada Rakyat Malaysia - Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY