Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Standard Mandatori Pendaftaran Pengguna Prabayar 2026

Rakyat Malaysia Dibenar Miliki 5 Kad SIM Prabayar Bagi Setiap Telco

Diterbitkan Februari 26, 2026 · Dikemas kini Februari 27, 2026 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengeluarkan Penentuan Suruhanjaya mengenai Standard Mandatori Pendaftaran Pengguna Akhir Perkhidmatan Selular Awam Prabayar, selaras dengan peruntukan Seksyen 55 dan 104 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Menurut MCMC, pengeluaran Standard Mandatori ini merupakan langkah pengawalseliaan penting bagi menutup ruang penyalahgunaan pendaftaran prabayar yang sering dieksploitasi untuk penipuan dalam talian dan penyamaran identiti.

Menerusi kerangka baharu ini, rakyat Malaysia masih dibenarkan memiliki sehingga lima kad SIM prabayar bagi setiap penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Had ini terpakai kepada warganegara, pemastautin tetap dan pemastautin sementara, manakala bukan warganegara dihadkan kepada dua kad SIM bagi setiap telco.

Standard Mandatori Pendaftaran Pengguna Prabayar 2026_2
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Namun, penting untuk difahami bahawa had lima SIM prabayar ini bukan perkara baharu. Ketetapan sama sebenarnya telah diperkenalkan sejak garis panduan pendaftaran SIM prabayar yang dikemas kini pada tahun 2017, di mana setiap pengguna juga dihadkan kepada maksimum lima SIM bagi setiap penyedia perkhidmatan.

Antara perubahan utama yang diperkenalkan termasuk pendaftaran kendiri kini perlu menggunakan dokumen pengenalan bersama pengesahan identiti MyDigital ID.

Standard Mandatori Pendaftaran Pengguna Prabayar 2026_
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Selain itu, Standard Mandatori ini turut menetapkan individu berumur 12 hingga 17 tahun perlu didaftarkan oleh ibu bapa atau penjaga, dengan nama anak kekal disenaraikan sebagai pengguna nombor tersebut.

Pengaktifan kad SIM prabayar sebelum proses pendaftaran selesai adalah tidak dibenarkan, manakala tempoh penggunaan SIM pelancong dihadkan kepada maksimum tiga bulan sebelum ditamatkan secara automatik.

KENYATAAN MEDIA

KERANGKA BAHARU PENDAFTARAN SIM PRABAYAR BANTERAS PENIPUAN DALAM TALIAN

Standard Mandatori: https://t.co/z9LZ8P0Njj

Notis & FAQ: https://t.co/9AHTpuqNXH#MCMC pic.twitter.com/G8vgBp6SLk

— MCMC (@MCMC_RASMI) February 26, 2026

Untuk maklumat lanjut mengenai Standard Mandatori Pendaftaran Pengguna Akhir Perkhidmatan Selular Awam Prabayar, rujuk laman rasmi MCMC.

Berkaitan

  • MCMC Cadang Hadkan Dua Kad SIM Prabayar Setiap Telco - Teo
  • Senarai Pelan Prabayar Dengan Sokongan eSIM
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Salah Guna Kad SIM Bagi Tujuan Jenayah Ancam Keselamatan Komunikasi - MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY