Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_Astro Radio 12 August 2026

10GB Data Internet Percuma Sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2026 – Fahmi

Diterbitkan Ogos 12, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 12, 2026 oleh Amalina Athman

Rakyat Malaysia bakal menikmati 10GB data internet percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi Insentif Rebat RAHMAH HKHM 2026.

Memetik laporan Awani, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, iaitu CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES.

Ia terbuka kepada semua pengguna prabayar dan pascabayar dalam kalangan warganegara Malaysia yang layak. Bagaimanapun, pemberian 10GB data itu akan disalurkan dalam dua fasa, iaitu 5GB pada Hari Kebangsaan (31 Ogos) dan 5GB lagi pada Hari Malaysia (16 September).

Buat masa ini, kaedah untuk mendapatkan atau menebus data tersebut masih belum diperincikan.

“Perincian kaedah dan tempoh penebusan akan diumumkan oleh syarikat telekomunikasi terlibat, manakala Soalan Lazim (FAQ) berkaitan akan dimuat naik di laman web Kementerian Komunikasi dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik HKHM 2026 di Menara Komunikasi, Putrajaya, pada Rabu.

Gambar utama: Astro Radio News

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Kerajaan Sasar 100% Capaian Internet Di Kawasan Berpenduduk Menjelang Tahun Depan
  • Sabah Antara Lokasi Percubaan Internet Satelit Terus Ke Telefon Menerusi JENDELA Fasa 2 - Fahmi
  • MyGOV Malaysia Mula Uji Agentic AI, Bakal Mudahkan Urusan Kerajaan
  • Portal Rakyat Digital Versi Baharu Dilancarkan - Jadi Hab Pembelajaran Digital, Termasuk Akses AI Percuma Untuk 100,000 Belia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY