Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmio Fadzil_facebook 30 Julai 2027

Starlink Hasrat Uji Teknologi ‘Direct-to-Device’ Di Malaysia – Fahmi

Diterbitkan Julai 30, 2026 · Dikemas kini Julai 30, 2026 oleh Amalina Athman

Starlink dilaporkan berhasrat menjalankan percubaan teknologi direct-to-device (D2D) atau direct-to-cell (terus ke peranti) di Malaysia, yang membolehkan sambungan internet dihantar terus ke telefon bimbit melalui satelit tanpa bergantung sepenuhnya kepada menara telekomunikasi.

Perkara itu didedahkan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil selepas wakil Starlink bertemu dengannya bagi memaklumkan hasrat syarikat berkenaan untuk melaksanakan percubaan perkhidmatan tersebut di negara ini.

“Ini merupakan satu anjakan yang agak signifikan dan besar sekiranya kita teruskan, kerana ia bermaksud bagi kawasan-kawasan tertentu, yang tidak ada menara yang mungkin capaian kawasan berpenduduknya kurang, namun kita boleh sediakan Internet melalui satelit,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertukaran memorandum persefahaman antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di sini hari ini.

Menurutnya, MCMC diminta mengundang syarikat telekomunikasi dalam pertemuan bersama syarikat Starlink bagi melihat peluang dalam melaksanakan teknologi yang tidak semestinya bergantung kepada infrastruktur sedia ada.

Memberi contoh, beliau berkata teknologi D2D oleh Starlink boleh menjadi alternatif yang lebih pantas dan kos efektif, jika dibandingkan dengan tempoh antara 18 hingga 24 bulan untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu.

“Dengan perkhidmatan seperti D2D dan direct-to-cell, bagi kawasan-kawasan tertentu, dengan mungkin tidak kos efektif ataupun kos efisien untuk memasang menara, mungkin kita boleh laksanakan program seperti itu,” tambahnya.

Dalam masa sama, Fahmi berkata kerjasama antara MCMC dan LLM dijangka menjadi antara platform terawal untuk merealisasikan pelaksanaan perkhidmatan itu.

Gambar utama: Facebook/Kementerian Komunikasi

Berkaitan

  • Starlink Rancang Lancar Satelit ‘Direct-to-Cell’ Gen-2 Bermula 2027
  • Starlink Gantikan Pelan Kediaman Lite Dengan Kediaman 100 Mbps, Harga Turut Naik
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Amazon Leo Rancang Lancar Sehingga 5,105 Satelit Untuk Sambungan Terus Ke Telefon Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY